Rempeyek kacang tanah ialah sejenis snek rangup yang diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan kacang tanah. Ia merupakan kudapan tradisional yang popular di Malaysia dan serantau.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung beras, tepung gandum, kacang tanah, daun kari, telur, air, garam, dan minyak masak. Cara penyediaan: campurkan tepung beras dan gandum, masukkan telur dan air secukupnya untuk membuat adunan. Tambah daun kari cincang, garam, dan kacang tanah. Panaskan minyak, tuang adunan secara nipis dan goreng sehingga kekuningan dan rangup.
1. Resepi Rempeyek Kacang Tanah
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung beras
- 1 biji telur gred A (suhu bilik)
- 1 sudu makan penuh air kapur
- 1/2 kotak kecik santan suhu bilik
- 1 sudu makan jintan manis
- 2 sudu makan ketumbar
- 3 ulas bawang putih
- Ikan bilis (basuh dan toskan)
- Kacang tanah
- Air suhu bilik secukupnya
- Garam & serbuk perasa
Cara buat rempeyek kacang tanah
- Kisar kasar kering ikan bilis, ketumbar, jintan manis dan bawang putih.
- Campurkan bahan kisar ke dalam tepung beras dan gaulkan.
- Masukkan santan dan gaul lagi.
- Masukkan garam dan serbuk perasa.
- Pecahkan telur dan masukkan air kapur. Gaul hingga semua sebati.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan cair sahaja supaya rempeyek nipis dan senang dikunyah untuk kanak-kanak.
- Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana.
- Curahkan adunan ke dalam sudip, letakkan kacang tanah dan ikan bilis. Goreng sehingga masak.
Sumber: Ieynaaddy Maira Amz dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan
2. Resepi Rempeyek Kacang Rangup
Bahan-bahan
- 1 1/2 paket tepung beras
- 3 biji telur
- 1 kotak kecil santan
- 4 ulas bawang putih
- 1 genggam ikan bilis
- Ketumban / jintan manis
- 6 cawan air
- Garam dan perasa
- 1 ketul kiub pati ayam
- 2 sudu kecil air kapur
- Kacang tanah / kacang hijau / kacang dhal
Cara buat rempeyek nips & rangup
- Kisar bawang putih dan ikan bilis.
- Tumbuk ketumbar / jintan manis.
- Campurkan semua bahan kecuali kacang dan gaul hingga sebati.
- Panaskan minyak, sendukkan bancuhan dan letakkan kacang. Masak seperti biasa.
Sumber: Norizah Othman dari Berkongsi Imu Kuih Muih & Masakan
3. Resepi Rempeyek ala Indonesia
Bahan-bahan
- Kacang tanah
- Udang kering
- Ikan bilis
- 1 bungkus tepung beras
- 1/2 bungkus tepung ubi kayu
- Air kapur
- 1 biji telur
- Daun kimau
- Buah keras
- Bawang putih
- Ketumbar
- Garam
- Serbuk kunyit
Cara buat rempeyek
- Tumbuk buah keras, bawang putih, ketumbar.
- Gaulkan kesemua bahan. Tambahkan air dan pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
- Panaskan minyak pada api kecil. Tuangkan bancuhan di tepi kuali supaya adunan jatuh ke dalam minyak, goreng seperti biasa.
Sumber: Nur Lisha dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Rempeyek Kacang Dhal
Bahan-bahan
- 1/2 kg tepung beras
- Jintan manis, jintan putih, ketumbar
- 1 sudu air kapur
- 1 biji telur
- Daun limau purut
- Garam dan perasa
- Air
- Kacang dhal
Cara buat rempeyek kacang dal rangup & nipis
- Rendam kacang dhal semalaman supaya tidak keras apabila digoreng.
- Kisar hancur daun limau purut.
- Campurkan semua bahan kecuali kacang dhal. Gaul sebati.
- Panaskan minyak, sudipkan bancuhan dan letakkan kacang dhal. Goreng sehingga rempeyek masak.
Sumber: Ridzuwan Syahh Ahmad dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Snek Rangup Lain Yang Popular?
Selain Rempeyek Kacang Tanah, terdapat banyak lagi snek rangup lain yang enak dimakan ketika minum petang mahupun ketika sedang menonton televisyen. 5 antara snek rangup lain adalah:
1. Rempeyek Udang Kering
Rempeyek udang kering ialah snek rangup yang dibuat menggunakan cara yang sama seperti rempeyek kacang tanah, tetapi menggunakan udang kering sebagai bahan utama menggantikan kacang tanah.
2. Rempeyek Ikan Bilis
Rempeyek ikan bilis merupakan variasi rempeyek yang menggunakan ikan bilis sebagai bahan utama. Ia sangat digemari kerana rasa masinnya yang khas.
3. Keropok Ikan
Keropok ikan adalah snek rangup yang diperbuat daripada campuran ikan kisar, tepung sagu dan perasa. Ia popular di seluruh Malaysia.
4. Muruku
Muruku ialah snek tradisional India yang diperbuat daripada tepung kacang dal, tepung beras dan rempah ratus. Ia mempunyai bentuk lingkaran yang unik.
5. Papadom
Papadom ialah sejenis keropok nipis yang diperbuat daripada tepung kekacang. Ia biasanya digoreng sehingga rangup dan boleh dimakan sebagai snek.