Kuah lodeh ialah sejenis masakan berkuah yang berasal dari Nusantara, diperbuat daripada sayur-sayuran yang dimasak dengan santan kelapa. Hidangan ini menggunakan bahan-bahan asas seperti kacang panjang, terung, lobak, tauhu, tempe, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, serai, daun salam dan santan kelapa.

Untuk memasaknya, tumis bahan-bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia, kunyit) hingga wangi. Masukkan serai dan lengkuas yang dititik, kemudian masukkan sayur-sayuran mengikut kekerasan. Akhir sekali, masukkan santan dan kacau perlahan hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.

1. Resepi Kuah Lodeh

Bahan-bahan

  • Kisarkan siap-siap.
    **Bawang besar 2 labu.
    **Segenggam udang kering.
  • Tempe/Tauhu-potong ikut suka, gorengkan sekejap. Jadi dia tahan lama dalam kuah, dan tak hancur.
  • Kacang Panjang racik halus
  • Lobak Merah di potong halus panjang
  • Sengkuang (optional)
  • Serbuk kunyit
  • Santan kotak sederhana(seeloknya kotak sebab lambat basi berbanding santan ori)
  • Soon dan Tauhu kering (rendam dalam air sejuk)
  • Garam dan perasa
  • Minyak masak

Cara buat kuah lodeh

  1. Tumiskan bawang dengan udang kering yang sudah dikisar.
  2. Bila dah naik minyak, masukkan air secukupnya. Masukkan serbuk kunyit dan sayur tadi.
  3. Tunggu sayur agak lembut, masukkan santan dan perisakan dengan garam dan perisa
  4. Masukkan soon dan tauhu kering yang sudah direndam lembut.
  5. Kacaukan jangan sampai pecah santan. Dah masak boleh hidangkan. Siap.

Tips:

  • Halia dan serai tidak diperlukan sama sekali.
  • Sayur kobis buat lodeh mati rasanya. Antara sebab itu hanya masukkan lobak dan kacang panjang atau sengkuang.

Sumber: Pantang Heritage dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi  Masak Lemak Sayur Lodeh

Bahan-bahan

Bahan untuk kuah lemak 

  • 2 kotak santan kara
  • 2 biji santan kelapa segar
  • 3 batang serai
  • 3 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam/kiub ikan bilis
  • Udang

Bahan sayuran 

  • Kubis
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Cili merah
  • Tauhu digoreng
  • Tempe digoreng
  • Suhun/fucuk

Cara buat kuah lodeh

  1. Kisar bawang merah, putih, halia, kunyit hidup dan tumis bersama serai.
  2. Masukkan air, tambah santan masak dengan api perlahan. Jangan api kuat nanti santan boleh pecah.
  3. Selepas itu masukkan semua jenis sayuran termasuk tempe dan tauhu goreng, masak sehingga semuanya sebati dan mesra.
  4. Masukkan fucuk, suhun dan garam secukupnya , masih masak dengan api yang sederhana dan perlahan sahaja. Biar dia masak dengan sempurna.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuah Lodeh Lontong

Bahan-bahan

Bahan kisar

    • 2biji bawang besar
    • 2ulas bawang putih
    • Kunyit hidup
    • 2 sudu besar udang kering
    • Sedikit belacan
    • Halia 1hiris
    • Lengkuas 1hiris
      **kisar hingga halus bahan di atas
    • Serai 2batang diketuk
    • Santan secukupnya
    • Asam keping 1keping
    • Gula@garam secukup rasa
    • Udang segar
    • Tauhu
  • Tempe
  • Suhun@fucuk
  • Sengkuang
  • Carrot
  • Kacang peas@buncis

Cara buat kuah lodeh

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis sekejap bahan-bahan kisar tersebut.
  2. Masukkan santan, serai, asam keping dan sentiasa kacau untuk elak santan pecah.
  3. Apabila kuah hampir mendidih masukkan udang basah, carrot, sengkuang, suhun, kacang peas, tauhu, tempe dan perasakan dengan gula dan garam.
  4. Masak hingga mendidih.

Sumber: Raja Amanina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Selain Masakan Kuah lodeh, Apa 5 Masakan Lain yang Boleh Dicuba?

Selain Menu Kuah Lodeh, terdapat pelbagai masakan lain yang juga popular di Malaysia. Antara 5 menu yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:

1. Masak Lemak

Masak lemak ialah masakan berkuah yang menggunakan santan sebagai bahan utama, biasanya dimasak dengan pucuk paku, cendawan atau nangka muda. Hidangan ini memerlukan bahan seperti cili padi, bawang, kunyit dan beberapa jenis rempah ratus.

2. Dalca

Dalca ialah sejenis kari sayur yang diperbuat daripada kacang dal, kentang dan sayur-sayuran. Masakan ini menggunakan rempah seperti jintan manis, jintan putih, kunyit, dan halia yang memberikan rasa yang khas.

3. Sup Sayur

Sup sayur ialah hidangan berkuah jernih yang diperbuat daripada pelbagai jenis sayuran seperti lobak merah, kubis, kentang dan saderi. Hidangan ini menggunakan bawang putih, bawang merah, lada hitam dan garam sebagai perasa asas.

4. Sayur Kobis Masak Air

Sayur kobis masak air merupakan hidangan ringkas yang menggunakan kubis sebagai bahan utama. Masakan ini memerlukan bawang putih, bawang merah, dan lada hitam sebagai perasa asas.

5. Sayur Campur

Sayur campur ialah hidangan yang menggabungkan pelbagai jenis sayuran seperti sawi, kobis, lobak merah dan kacang panjang. Masakan ini biasanya menggunakan bawang putih, bawang merah dan beberapa rempah pilihan untuk menambah rasa.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply