Buat peminat coklat, mungkin kuih ini menjadi kegemaran. Pembuatan kuih yang lebih kurang sama dengan tart nenas, cuma diolahkan sedikit digantikan dengan coklat Cadbury. Kuih ini memang popular dikalangan kanak-kanak. Kami kongsikan beberapa resepi untuk anda.
1. Resepi Tart Cadbury
Bahan-bahan tart cadbury
- Cadbury dairy milk( 90pcs)
- 250g buttercup (Anchor)
- 4 sb gula halus
- 1 biji telur
- 1 sk esen vanilla
- 1 1/2 sb pewarna purple
- 2sb tepung jagung
- 2sb tepung kastard
- 4 cawan tepung gandum
Cara buat tart cadbury
- Masukan butter, (keluarkan dulu dari peti ais biar lembut senang nak gaul), masuk gula, telur, esen vanilla dan gaul sahaja dengan wisk.
- Selepas itu masuk tepung jagung, tepung kastard dan pewarna. Gaul lagi dan masuk tepung gandum sikit demi sedikit sampai doh tak melekat pada tangan. *kalau doh masih melekat di tangan masuk tepung kastard @ tepung gandum sikit-sikit sampai doh cantik.
- Bila doh dah tak melekat di tangan boleh terus masuk dalam acuan bentuk tart dan letak cadbury tengah-tengah.
- Bakar 130•c selama 35minit. *jangan lupa preheat oven dulu.
Sumber: Ryns Rashid dariMasak Apa Hari Ni
2. Resepi Tart Cadbury Tekap
Bahan-bahan tart cadbury tekap
- 300 gram tepung gandum*
- 4 sudu besar tepung jagung*
- 3 sudu besar gula aising*
- 200 gram mentega, potong kiub
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 2 kuning telur
Cara buat tart cadbury tekap
- Ayak bahan atau tepung bertanda *.
- Gaulkan tepung yang telah diayak tadi dengan mentega sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan di dalam peti ais selama 1/2 jam.
- Keluarkan doh dan canaikan dengan cara melapik bahagian atas dengan plastik wrap. Dengan menggunakan cara ini, doh yangg lembut tidak akan melekat di roller. Terap doh dengan acuan dan hiaskan dengan inti tart.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 170- 175 darjah celcius (suhu adalah bergantung kepada oven anda) selama 20- 25 minit.
Sumber: Amiera Idayu dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Tart Cadbury Premium
Bahan-bahan tart cadbury premium
- Butter 250gm (anchor salted)
- Tepung red rose 2cawan +1/4 cawan
- Inti: Cadbury mini bar
- Hiasan: dark Choc/white chocolate/almond
Cara buat tart cadbury premium
- Butter biarkn bersuhu bilik.
- Satukan butter dgn tepung.
- UlIi sampai menjadi doh lembut, tambah sedikit tepung jika masih melekat pada tangan, tapi jangan banyak takut doh keras.
- Canai guna penerap. Bakar dgn suhu 160° selama 20-25 minit.
- Dark Choc dan white chocolate cairkan (double boiled), kukus lagi cepat.
- Celup skit Cadbury dalam dark Choc dan susun atas biskut ulang sampai habis.
- Hiasan biskut ikut kreativiti masing-masing.
Sumber: Aisyah Abd Aziz dari Masak Apa Hari Ni
Akhir kata
Kalau anda tidak gemar makan tart nenas, jangan lupa cuba resepi tart Cadbury ini dirumah. Dan kalau memang suka coklat, boleh cuba resepi Choco Jar pula.
Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit idea untuk anda.
Selamat mencuba!