Udang butter ialah hidangan yang popular di Malaysia di mana udang dimasak dengan mentega dan susu. Hidangan ini biasanya menggunakan udang segar yang digoreng rangup dan kemudian dimasak dengan sos butter yang creamy.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah udang, mentega, daun kari, bawang putih, serbuk kari, garam dan sedikit susu. Cara memasaknya mudah – pertama, goreng udang sehingga rangup. Kemudian, tumis bawang putih dan daun kari dalam mentega, masukkan susu dan rempah ratus. Akhir sekali, masukkan udang yang telah digoreng dan gaul rata.
1. Resepi Udang Butter Milk
Bahan-bahan
- Udang galah
- Mentega Buttercup
- Susu cair
- 7 ulas bawang putih 7 ulas
- Cili api
Cara buat udang butter milk
- Tumbukkan cili api bersama bawang putih yang dikisar halus.
- Goreng dahulu udang dengan mentega sehingga agak garing kemudian asingkan.
- Guna bekas goreng udang sebentar tadi dan tumis bawang putih dan cili api yang telah dikisar.
- Bila sudah agak garing, masukkan susu dan garam.
- Selepas itu, kacau sebati dan masukkan udang.
- Masak sehingga pekat dan hidangan siap!
Sumber: Fairuz Abu Hassan dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Udang Butter Telur Garing
Bahan-bahan terlu garing
- 3 biji telur kuning
- Secawan minyak masak
- 5 sudu besar buttercup
Cara buat telur garing
- Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
- Pukul atau kacau telur kuning sekejap menggunakan garfu.
- Apabila minyak panas, tuang telur kuning sedikit demi sedikit tinggi-tinggi sambil mengacau secara membulat
- Apabila buih telur dah naik tinggi dan bertukar warna, tutupkan api dan tapis menggunakan penapis yang sesuai.
- Kemudian, letak di atas pinggan yang dilapik dengan tisu untuk serapkan minyak.
Bahan-bahan udang
- Udang size L (basuh bersih, belah belakang udang dan buang urat kotor)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 5 biji cili padi (dihiris)
- 10 helai daun kari
- 4 sudu besar susu cair (susu segar juga boleh digunakan)
- Sedikit butter/marjerin
- 1 sudu besar tepung jagung
- Serbuk lada putih
- Garam
Cara buat udang butter
- Gaul udang dengan tepung jagung, sedikit garam dan lada sulah. Goreng dengan sedikit minyak sehingga berubah warna dan masak.
- Angkat udang dan ketepikan.
- Setelah itu, panaskan kuali dan tambahkan sedikit butter untuk menumis. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari.
- Kemudian, tambahkan susu segar, sedikit garam dan lada putih secukup rasa.
- Apabila sudah mendidih, masukkan udang yang telah digoreng dan juga telur garing tadi.
- Kacau-kacau supaya udang disalut elok dengan telur garing.
- Siap untuk dihidang!
Sumber: Akhtar Syamir dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Nestum Butter Prawn
Bahan-bahan
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 2 tangkai cili padi (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kari
- 3 sudu mentega
- 1 cawan Nestum
- ½ kilo udang
- Garam
- ½ sudu gula
- Serbuk perasa
Cara buat Nestum butter prawn
- Goreng udang bersama kunyit dan garam kemudian asingkan.
- Masukkan butter ke dalam kuali dan cairkn.
- Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari lalu tumis sehingga naik bau dan bwg putih sedikit garing.
- Setelah itu , masukkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
- Kemudian, masukkan nestum dan gaul rata hingga nestum sedikit kekuningan dan garing.
- Masukkan pula udang yang telah digoreng dan gaul rata.
- Apabila sudah sebati dan garing, angkat dan boleh dijamu!
Sumber: Fathin Khair dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Menu Udang Yang Popular?
Jika anda kurang gemar menu yang creamy, atau sejenis yang cepat muak, anda boleh juga memasak udang dengan menu yang lain. 4 dibawah merupakan menu lain yang popular dengan udang:
1. Udang Masam Manis
Masakan ini menggabungkan udang yang digoreng dengan sos masam manis yang dibuat daripada campuran sos tomato, cuka, dan gula. Hidangan ini biasanya dihiasi dengan hirisan timun dan bawang besar.
2. Udang Goreng Tepung
Hidangan klasik ini menggunakan udang yang disalut dengan tepung goreng yang rangup. Biasanya dihidangkan dengan sos cili atau sos tartar sebagai hidangan pembuka atau lauk.
3. Udang Butter Nestum
Variasi moden daripada udang butter biasa, di mana udang digoreng dan disalut dengan campuran mentega dan bijirin Nestum yang digoreng kering. Hidangan ini sangat popular di restoran makanan laut tempatan.
4. Udang Kung Pao
Hidangan ini menggabungkan udang yang dimasak dengan sos kung pao yang pedas dan manis, bersama dengan kacang tanah goreng dan sayur-sayuran. Ia merupakan hidangan yang popular di restoran makanan laut Cina.