Selain daripada masakan ikan siakap tiga rasa dan masak pedas, stim limau adalah pilihan yang cukup popular. Kalau rasa malas nak keluar rumah dan mahu berjimat, boleh cuba resepi ikan siakap stim seperti di bawah.
Jom kita try!
1. Resepi Ikan Siakap Stim Limau
Bahan ikan
- Seekor ikan siakap saiz sederhana (dibersihkan dan di kelar-kelar) (buang perut, sirip ekor dan sirip tepi)
- 2 batang serai (ketuk)
Bahan kuah
- 1 biji limau nipis ( diperah jus nya)
- Air panas
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- Sedikit halia (diracik halus)
- Daun ketumbar (hiris halus)
- 5-6 tangkai cili padi (dihiris)
- 1 batang serai (dihiris halus)
- Kiub stok ayam
- Sos ikan
- 1 sudu gula kabung
Cara-cara masak Ikan Siakap Stim Limau
- Sumbat serai yang diketuk ke dalam perut ikan. Letakkan ikan dalam pinggan/bekas yang sesuai.
- Kukus ikan selama 15 minit.
- Sementara menunggu ikan masak, boleh sediakan sosnya.
- Perah jus limau di dalam mangkuk. Letak air panas secukupnya. Masukkan semua bahan untuk sos dan kacau sebati. Seimbangkan rasa sos. Sos mesti ada rasa masam , manis dan masin.
- Selepas 15 minit, keluarkan ikan dari pengukus. Ambil sudu dan cuba tarik isi ikan di tempat yang di kelar tadi. Jika isi ikan terpisah dari tulang maknanya ikan sudah masak.
- Tuang sos tadi ke atas ikan yang sudah dikukus.
- Sedap dinikmati bersama nasi panas.
Sumber: Wanie Othman dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Ikan Siakap Stim Hanis Zalikha
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap
- 1 kiub pati ayam
- 1 cawan air panas
- 1 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan
- 6 sudu gula perang
- 5 biji bawang putih
- 3 biji cili api
- 2 biji limau nipis
- Batang ketumbar
- Sumbat ikan:
- 5 biji bawang putih
- 4 batang serai
- Daun ketumbar
Bahan hiasan
- 1 biji limau
- 5 biji bawang putih
Cara-cara masak Ikan Siakap Stim Hanis Zalikha
- Bancuhkan kiub pati ayam bersama 1 cawan air panas. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan, gula perang, bawang putih yang ditumbuk, cili api yang dihiris, jus limau nipis, dan batang ketumbar yang dihiris dan bancuhkan sebati.
- Kemudian, sumbatkan ikan dengan bawang putih yang telah dihiris nipis bersama batang serai dan daun ketumbar kemudian kukuskan ikan sehingga lembut dan masak.
- Selepas itu, boleh letakkan bancuhan sos di atas ikan dna hiaskan dengan limau nipis yang dihiris nipis dan bawang putih yang dicincang dan digoreng sehingga garing.
Sumber: Anees Sophie dari Masak Apa Hari Ni
3. Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap
- 2 biji limau nipis
- 1 batang serai
- 5 hirisan halia
- 3 tangkai cili kecik merah
- 3 tangkai cili kecik hijau
- 5 ulas bawang putih
- 1 batang daun ketumbar
- Setengah kiub pati ayam
- Sos ikan
Cara-cara kukus ikan
- Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
- Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
- Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
- Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Cara-cara penyediaan kuah Ikan Siakap Stim Ala Thai
- Cincang bawang putih secara kasar.
- Gorengkan bawang putih yang telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan dan kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim.
- Padamkan api kuali langsung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
- Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
- Kacau kuah sehingga sebati.
- Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
- Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit.
- Sedia dihidang.
Sumber: Zurina Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni
Akhir kata
Resepi ikan siakap stim ini sesuai dihidangkan dan dimakan bersama keluarga. Kalau mahu variasi, boleh cuba ikan siakap 3 rasa pula.
Semoga perkongsian resepi ini bukan sekadar dapat memberikan rasa kenyang. Kami berharap ia dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mahupun persahabatan anda.
Selamat menjamu selera!