Cekodok pisang adalah kuih tradisional Malaysia yang dibuat daripada pisang yang dilenyek bersama tepung gandum. Kuih ini sangat terkenal sebagai snek atau hidangan ringan di Malaysia.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah pisang masak, tepung gandum, gula, garam dan minyak masak. Cara membuatnya adalah dengan menghancurkan pisang sehingga lumat, kemudian campurkan dengan tepung gandum, gula dan garam. Gaul sebati menjadi doh, kemudian goreng dalam minyak panas dengan menggunakan sudu untuk membentuk bebola kecil sehingga keemasan.

1. Resepi Cekodok Pisang Rangup

Bahan-bahan

  • Pisang (masak ranum)
  • Tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • Air kosong
  • Setengaj sudu kecil soda bikarbonat
  • Gula

 

Cara buat Cekodok Pisang Rangup

  1. Lenyekkan pisang menggunakan senduk atau tangan.
  2. Masukkan tepung, garam, gula dan soda bikarbonat dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuhkan. Pastikan tidak terlalu cair dan boleh dibentukkan menggunkan hujung jari.
  4. Guna sudu atau hujung jari untuk menjadikan ia jemput-jemput  dan goreng dalam minyak yang sudah panas.
  5. Jika ingin cekodok yang garing, biarkan sebentar sehingga berwarna gelap dan angkat.

Sumber: Syu Islamiah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Cekodok Pisang Gebu

Bahan-bahan

  • 10 biji pisang emas
  • 5 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/3 sudu besar garam halus
  • 1 1/2 – 2 cawan tepung gandum
  • Minyak masak

 

Cara buat Cekodok Pisang Gebu

  1. Lenyekkan pisang menggunakan garfu
  2. Masukkan gula dan kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan yis dan kacau rata.
  4. Selepas itu, masukkan pula garam dan kacau rata.
  5. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Tambahkan tepung lagi jika perlu. Bergantung kepada saiz pisang yang digunakan. Sehingga adunan boleh di jemput-jemputkan dan tidak terlalu lembik.
  6. Biarkan selama 10 – 15 minit.
  7. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api yang sederhana.

Sumber: Nanie Sulong dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Cekodok Pisang Sedap

Bahan-bahan

  • 1 cawan pisang
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Tepung beras
  • Gula
  • Garam
  • Butter atau marjerin

 

Cara buat Cekodok Pisang Sedap

  1. Lenyekkan pisang dan gaulkan bersama tepung gandum, tepung beras, gula dan garam sehingga sebati.
  2. Masukkan dalam peti ais untuk 30 minit sebelum digoreng.
  3. Gorengkan dalam minyak yang panas untuk hasil yang garing.

Tips: boleh tambah kelapa parut mengikut citarasa.

Sumber: Yazlina Yahya dari Masak Apa Hari Ni

 

Selain Cekodok Pisang, Apa Lagi Hidangan Minum Petang Yang Popular?

Selain Cekodok Pisang, terdapat 5 jenis makanan tradisional Malaysia yang sesuai dijadikan juadah minum petang. Antara 5 hidangan yang digemari ramai adalah seperti berikut:

1. Cucur Bawang

Cucur bawang adalah sejenis kuih goreng yang diperbuat daripada adunan tepung gandum, bawang, udang kering dan rempah ratus. Ia merupakan snek yang popular di gerai-gerai dan pasar malam.

2. Pisang Goreng

Pisang goreng adalah hidangan yang dibuat daripada pisang yang dilumur dengan tepung goreng yang telah dibumbui. Ia merupakan juadah yang sangat digemari ramai dan mudah didapati di seluruh Malaysia.

3. Karipap

Karipap adalah pastri yang diisi dengan kentang, ayam atau sardin yang telah dimasak dengan rempah. Kuih ini mempunyai bentuk separa bulat dan digoreng sehingga garing.

4. Vadai

Vadai adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada dal (kekacang) yang dikisar halus dan dibumbui dengan rempah seperti lada hitam dan daun kari. Ia adalah makanan ringan yang popular dalam masakan India-Malaysia.

5. Roti Canai

Roti canai adalah sejenis roti yang diperbuat daripada tepung gandum yang diuli dan dicanai sehingga nipis, kemudian digoreng di atas griddle. Ia merupakan sarapan yang sangat popular di Malaysia dan boleh dimakan dengan pelbagai kuah.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply