Ikan siakap 3 rasa adalah satu variasi masakan ikan siakap yang dimasak dengan tiga cara rasa yang berbeza – manis, masam, dan pedas. Ini memberikan kombinasi rasa yang unik dan menarik kepada hidangan tersebut.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah ikan siakap segar, sos tomato, sos cili, gula, cuka, bawang putih, halia, dan rempah-rempah lain mengikut selera. Cara memasaknya pula adalah dengan menggoreng ikan siakap terlebih dahulu, kemudian menumis bahan-bahan lain untuk menghasilkan ketiga-tiga rasa tersebut dan dihidangkan bersama ikan goreng.

1. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai Pasti Licin

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sb minyak – untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • Tepung jagung 2 sb
  • Lada sulah
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Bahan cincang halus

  • 1 biji bawang besar di potong dadu
  • 3 ulas bawang putih di cincang
  • 3 cm halia muda hiris

Bahan Hiasan

  • 1 biji cili benggala/lada besar dipotong dadu
  • Nenas dipotong dadu/perahan limau nipis 1sb

Bahan Dihiris Halus

  • 3 helai daun limau purut
  • Daun bawang untuk hiasan

Bahan-Bahan Sos:

  • 3 sb cili kisar
  • 2 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos ikan
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sb sos tiram
  • Garam
  • 3 sb sos cili thai

Bahan Hiasan

  • 1 biji cili benggala dipotong dadu/ lada merah besar
  • Nenas dipotong / perahan limau nipis 1 sb

 

Cara-cara buat Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

  1. Lumur ikan dengan garam kunyit, lada sulah, tepung jagung dan digoreng garing
  2. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit
  3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain serta garam dan gula
  4. Masukkan bahan-bahan hiasan
    5. Masukkan bahan hirisan halus
    6. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
    7. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas-panas

 

Sumber: Norhamidah Abdul Hamid dari Masak Apa Harini

 

2. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Simple

Bahan-bahan

  • Ikan siakap

Bahan Sos

  • Sos ikan 3 sb
  • Sos cili 3 sb
  • Kicap lemak manis mengikut citarasa
  • Sos tiram 3-4 sb
  • Kiub ayam 1/2 atau 1 ketul
  • 1 sk serbuk lime/perahan limau nipis

Bahan Tumisan (dicincang halus/kasar)

  • Halia
  • Cili padi hijau
  • Cili merah besar
  • Bunga kantan
  • Nenas sedang-sedang masak
  • Bawang kecil 5 ulas
  • Bawang putih 5 ulas
  • Daun limau
  • Sedikit cili kisar

Bahan hiasan

  • Tomato
  • bawang besar
  • daun bawang

 

Cara-cara buat Ikan Siakap 3 Rasa Simple

  1. Goreng ikan hingga garing
  2. Tumis bawang merah, halia, cili Melaka, cili merah, bunga kantan, bawang putih hingga naik bau
  3. Masukkan nenas dan cili kisar
  4. Masukkan bahan sos tadi. Jika agak kering, masukkan sedikit air tau
  5. Perasakan dengan gula dan garam
  6. Kacau sebati dan tuang kuah atas ikan digoreng tadi

Sumber: Suzy Dujie dari Masak Apa Harini

 

3. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Thailand

Bahan-bahan

Bahan goreng ikan

  • Ikan
  • tepong jagung
  • garam
  • kunyit ( goreng )

Bahan sos

  • Sos tiram
  • sos tomato
  • sos cili thai

Bahan ditumbuk

  • cili merah
  • bawang merah
  • bawang putih ( tumbuk )

Bahan dipotong dadu

  • Bawang holland
  • tomato
  • cili padi
  • timun
  • nenas ( potong dadu )

 

Cara-cara buat Ikan Siakap 3 Rasa Thailand

  1. Goreng ikan
  2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili thai
  4. Tambah sedikit air
  5. Masuk semua bahan-bahan di potong dadu
  6. Tambah gula, garam, serbuk cukup rasa
  7. Curah atas ikan yang sudah siap digoreng

Sumber: Mazidah Ab Majid dari Masak Apa Harini

 

Resepi Lain Bagi Ikan Siakap Yang Boleh Dicuba:

Selain boleh dimasak 3 rasa, ikan siakap juga sesuai dijadikan bahan utama bagi masakan lain. 5 masakan yang sinonim dengan ikan siakap adalah:

1. Ikan Siakap Masak Asam Pedas

Masakan ikan siakap masak asam pedas merupakan satu lagi cara untuk menikmati ikan siakap. Ikan siakap dimasak dengan sedikit asam, seperti air asam jawa atau limau, serta dicampurkan dengan bumbu-bumbu pedas seperti cili, bawang, dan rempah-rempah.

2. Ikan Siakap Bakar

Ikan siakap bakar adalah salah satu cara mudah untuk menyediakan ikan siakap. Ikan siakap segar dibakar dengan menggunakan arang atau panggangan, kemudian dihidangkan bersama sambal atau sos yang sesuai.

3. Ikan Siakap Masak Cili Garam

Ikan siakap masak cili garam adalah satu lagi variasi yang popular. Ikan siakap digoreng terlebih dahulu, kemudian dimasak dengan campuran cili, bawang putih, dan sedikit garam untuk menghasilkan rasa yang pedas dan berempah.

4. Ikan Siakap Goreng Berempah

Ikan siakap goreng berempah adalah hidangan yang mudah tetapi sedap. Ikan siakap diperap dengan rempah-rempah dan kemudian digoreng hingga garing dan berwarna keemasan.

5. Ikan Siakap Masak Kicap

Ikan siakap masak kicap adalah satu lagi pilihan yang popular. Ikan siakap dimasak dengan kicap, bawang putih, halia, dan rempah-rempah lain untuk menghasilkan rasa yang manis dan sedap.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply