Mee goreng basah ialah hidangan mi yang dimasak dengan kuah pekat dan berempah. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk mi kuning, udang, sayur-sayuran (taugeh, sawi), bawang, telur, dan perasa (sos tiram, kicap manis, kicap cair).

Cara memasak dimulakan dengan menumis bawang sehingga naik bau, masukkan udang, sayur-sayuran dan telur. Kemudian masukkan mi dan perasa, kacau rata sehingga mi masak. Tambah sedikit air untuk mendapatkan kuah yang pekat.

1. Resepi Mee Goreng Basah

Bahan-bahan

  • 1 paket fish cake dipotong nipis
  • 1 paket fish ball dipotong nipis
  • 3 biji tauhu putih (potong kecil dan goreng dahulu)
  • 1 biji bawang besar dimayang halus
  • 5 ulas bawang putih cincang halus
  • 300gm sawi hijau
  • 3 sb serbuk cili merah
  • 5 sb Kicap pekat
  • 5 sb sos cili
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 4 biji telur ayam
  • Minyak yang secukupnya
  • 1 kg Mee kuning (rendam dalam air panas selama lima minit)

Cara buat Mee Goreng Basah

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi
  2. Masukkan tauhu, fish cake, fish ball dan garam sedikit
  3. Ketuk-ketuk batang sawi dan masukkan sekali
  4. Tambah serbuk cili dan kacau sebati
  5. Masukkan mee kuning yang telah di rendam dalam air panas
  6. Tambah kicap pekat dan sos cili. Kacau sebati
  7. Tuang 1 cawan air dan biar mendidih sampai pekat
  8. Masukkan daun sawi
  9. Masukkan telur ayam
  10. Tabur sedikit lada sulah dan garam atas telur dan kacau sebati
  11. Rasa tahap masin dan tutup api

Tips:

  1. Pakai dua senduk masa untuk lebih senang kacau
  2. Api mesti kuat semasa masukkan telur dalam mee
  3. Elakkan masuk taugeh dan lobak merah supaya tidak berubah rasanya
  4. Cadangan sayur lain: kobis dan tomato

Sumber: Veera Saravanan dari Masak Apa Harini

 

2. Resepi Mee Goreng Basah Mak Mertua

Resipi ini dipelajari dari ibu mertua dan biras yang memang berniaga sebelum ini.

Resepi mee goreng basah sedap

Bahan-bahan

  • 1 paket mee kuning
  • minyak masak
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 sb cili kering kisar
  • 5 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb sos ikan
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 sb gula atau secukup rasa
  • ½ sk ajinomoto jika suka
  • 1/2 cawan air

Bahan Lauk-pauk (ikut citarasa)

  • ayam cincang
  • udang
  • daging
  • telur
  • sawi
  • tomato

Cara-cara buat Mee Goreng Basah Mak Mertua

  1. Panaskan minyak masak
  2. Tumis bawang putih
  3. Masukkan bawang holland, cili kering kisar
  4. Masukkan lauk pauk, tumis lagi
  5. Letak sedikit air dan semua sos
  6. Masukkan udang
  7. Pecahkan telur dan masukkan mee
  8. Masukkan sayur, kacau sebati dan siap!

 

Tips:

  1. Gunakan sos yang mencukupi, jangan kedekut bahan
  2. Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging
  3. Banyakkan bawang putih, tumbuk kasar kasar
  4. Masukkan sedikit cuka makan apabila goreng mee untuk membangkitkan rasa

Sumber: Suhasnida Ismail dari Masak Apa Harini

 

3. Resepi Mee Goreng Basah Nostalgia

Bahan-bahan

  • Sepaket mee kuning (dibilas dengan air paip)
  • Isi ayam
  • Air rebusan ayam
  • Telor
  • Sawi
  • Tauge
  • Bawang putih
  • Bawang merah (ditumbuk halus)
  • Cili kisar
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Tauhu goreng yang dihiris
  • Kicap lemak manis

Cara-cara buat Mee Goreng Basah Nostalgia

  1. Panaskan sedikit minyak
  2. Gorengkan 2 biji telor dan hancurkan kasar. Ketepikan
  3. Tambah sedikit minyak pada kuali
  4. Tumiskan bawang hingga agak garing
  5. Masukkan cili kisar dan kacau rata sampai cili masak
  6. Masukan isi ayam, kacau rata dan biar seketika
  7. Masukkan sos tiram,sos cili. Kacau rata
  8. Terus masukkan air rebusan ayam, biar mereneh seketika
  9. Kepekatan kuah boleh ikut sukatan masing-masing
  10. Letakkan kicap lemak manis dan sedikit sahaja kicap masin
  11. Biarkan mendidih
  12. Masukkan tauhu,telur dan terakhir masukkan mee. Kacau rata
  13. Masukkan sawi dan taugeh
  14. Jika warna kurang, curahkan kicap lemak manis lagi
  15. Kacau rata dan tutup api

Sumber: Emee Sham dari Masak Apa Harini

 

Selain Mee Goreng Basah, Apa Lagi Makanan Yang Popular?

Selain Mee Goreng Basah, terdapat 5 hidangan mee lain yang juga popular. Maklumat lanjut 5 hidangan mee yang digemari ramai adalah seperti berikut:

1. Char Kuey Teow

Char kuey teow adalah hidangan popular yang menggunakan kuey teow sebagai asas. Ia dimasak dengan udang, telur, taugeh, dan daun kucai, ditumis dengan kicap dan perasa tambahan untuk memberi rasa yang unik.

2. Hokkien Mee

Hokkien mee adalah hidangan mi yang dimasak dengan kuah pekat berwarna gelap. Ia menggunakan dua jenis mi – mi kuning dan bihun, dimasak bersama udang, sayur-sayuran dan perasa khas.

3. Yi Mee

Yi mee ialah hidangan yang menggunakan mi cantuman yang digoreng kering, kemudian dimasak dengan kuah pekat. Ia biasanya dimasak dengan udang, sayur-sayuran dan telur.

4. Wat Tan Hor

Wat tan hor menggunakan kuey teow leper yang dimasak dengan kuah telur yang pekat. Ia dimasak bersama udang, sayur-sayuran hijau dan perasa yang memberi rasa istimewa.

5. Pan Mee

Pan mee adalah hidangan mi yang dibuat secara tradisional dengan tangan. Mi nya dipotong secara manual dan dimasak dalam sup dengan sayur-sayuran hijau, cendawan dan ikan bilis goreng.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply