Corndog ialah snek yang diperbuat daripada sosej yang dicucuk dengan kayu atau batang aiskrim, kemudian dibalut dengan adunan tepung jagung dan digoreng sehingga keemasan. Ia merupakan makanan yang popular di Amerika Syarikat dan kini mendapat sambutan di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Untuk menyediakan corndog, anda memerlukan sosej, tepung jagung, tepung gandum, telur, susu, serbuk penaik, garam dan lada sulah. Campurkan semua bahan kering, kemudian masukkan telur dan susu. Celup sosej yang telah dicucuk ke dalam adunan dan goreng dalam minyak panas sehingga keemasan.
1. Resepi Corndog Cheese Tarik
Bahan-Bahan
- Hotdog Frankfuter
- Mozzarella Cheese
- Tepung cucur adabi
- Serbuk roti
- Lidi sate
- Garam
Cara buat Corndog Cheese Tarik
- Potongkan hotdog dan mozzarella cheese dalam bentuk kiub untuk senang dicucuk ke lidi sate.
- Bancuhkan tepung cucur adabi di dalam cawan gelas yang tinggi dengan air secukupnya untuk kemudahan celupan. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat juga jangan lupa untuk tambahkan secubit garam sebagai perasa.
- Cucukan hotdog dan mozzarella cheese mengikut aturan selang seli ke lidi sate, kemudian celupkan dalam bancuhan tepung tadi.
- Selepas selesai, celupkan pula dengan serbuk roti untuk sedikit kerangupan.
- Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan goreng corndog sehingga masak dan rangup.
- Akhir sekali, gunakan sos cili, mayonis dan mustard sebagai topping corndog yang telah siap digoreng dan nikmati snek petang anda!
Sumber: Rohani Othman dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Corndog Doh
Ini adalah hidangan untuk 10 corndog
Bahan-bahan
- 1 paket sosej yang telah direbus
- 1 paket kepingan keju
- 1 paket yis
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan air yang hampir penuh
- 1 satu susu pekat
Bahan rahsia
- 1 sudu besar pelembut roti/ “bread softener”
- 1 sudu besar gula dan sedikit garam
- 2 sudu besar minyak masak atau shortening/marjerin
- 1 sudu mix herbs untuk perasa dan bau wangi
Cara penyediaan
- Bancuh yis dengan susu pekat,gula,garam dengan air suam. Pastikan air tidak terlalu banyak untuk elakkan doh menjadi terlalu melekit.
- Gaulkan rata semua bahan dan uli. Uli dalam 10-15 minit untuk doh yang gebu.
- Selepas siap uli, rehatkan sehingga doh naik 2 kali ganda. Dalam 30 min ke 1 jam.
- Setelah doh naik, tekan bagi kuncup unutk membuang angin dan bahagikan kepada 10 bahagian.
- Cucuk sosej dengan lidi sate dan balut dengan slice cheese, atau mozarella
- Selepas itu, balutkan doh ke sosej dengan menggelekkkan atau menggunakan tangan.
- Selepas siap balut dengan doh, ketepikan atas talam atau pinggan yang ditabur sedikit tepung untuk elakkkan melekat. Rehatkan sebentar lagi supaya doh naik sekali lagi.
- Selepas itu, celupkan corndog tadi ke dalam air sejuk utk basahkan dan golekkan dalam serbuk roti. Ketepikan dan biar ia naik sekali lagi. Doh akan mengembang sedikit lagi.
- Selepas naik bau, boleh mula goreng dan siap dihidang.
Cara menggoreng Corndog Doh
- Seeloknya, untuk hasil yang memuaskan, goreng menggunakan konsep “deepfry”.
- Pastikan api tidak terlalu panas agar tidak hangus.
- Goreng dalam 1-2 minit dan angkat.
- Untuk lebih enak, hidangkan bersama sos cili dan mayonis.
Tips: Untuk balutan yang padat, pastikan doh padat dikelimkan kepada sosej itu secara betul.
Sumber: Nur Shafawati dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Corndog CornCheese
Bahan-bahan
- 3-4 biji kentang (direbus)
- 1 cawan isi ayam (direbus)
- 3 inci halia (diketuk)
- 2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2 sd kecil garam halus
- 1 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
- 2 keping cheese
- 1/2 – 1 cawan cheese mozarella
- Tepung goreng Bestari secukupnya
- Telur (dipukul rata)
- Serbuk roti secukupnya
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
- Serbuk perasa
Hiasan
- Nachos Cheese Sauce
- Serbuk Parmesan Cheese
Cara penyediaan Corndog CornCheese
- Rebuskan kentang yang dipotong kiub dan lenyekkan apabila sudah lembut.
- Sementara itu, rebuskan isi ayam yang dipotong kiub juga dan toskan.
- Masukkan isi ayam yang telah direbus dengan kentang yang telah dilenyekkan dan gaulkan bersama serbuk perasa, garam, lada hitam dan sekeping cheese yang dipotong kecil.
- Setelah digaulkan kesemua bahan itu, masukkan pula mozzarella cheese dan gaulkan sebati agar mudah untuk dikepalkan ke atas lidi.
- Selepas adunan siap, kepalkan ke atas lidi dengan padat dan salutkan dengan tepung goreng. Pastikan salutan tidak terlalu tebal.
- Kemudian, salutkan adunan dengan telur dan serbuk roti dan goreng sehingga garing.
- Hiaskan dengan sos keju dan parmesan cheese lalu siap untuk dihidang!
Sumber: Kong Waniey dari Masak Apa Hari Ni
Menu Snek Mudah Tapi Mengenyangkan Selain Corndog.
Snek merupakan makanan ringan namun terdapat makanan ringan yang bukan sekadar untuk mengisi perut tetapi juga dapat mengenyangkan. Dibawah merupakan 5 lagi menu snek mudah tapi mengenyangkan selain corndog.
1. Chicken Nugget
Nugget ayam ialah kepingan daging ayam yang dikisar, dibentuk, dilapisi dengan tepung roti dan digoreng. Ia biasanya disediakan menggunakan daging ayam cincang yang telah dibumbui dengan rempah ratus, kemudian dibalut dengan tepung roti sebelum digoreng.
2. Fish Finger
Fish finger ialah kepingan ikan yang dipotong memanjang, dilapisi dengan tepung roti dan digoreng. Ia biasanya menggunakan ikan kod atau ikan dori yang telah dibumbui dengan garam dan lada sulah.
3. Chicken Strips
Chicken strips ialah kepingan daging ayam yang dipotong memanjang, dibalut dengan tepung goreng yang telah dibumbui dan digoreng rangup. Ia merupakan pilihan popular untuk snek atau hidangan ringan.
4. Cheese Stick
Cheese stick ialah keju yang dipotong memanjang, dilapisi dengan tepung roti dan digoreng sehingga keemasan. Ia mempunyai tekstur yang rangup di luar dan keju yang meleleh di dalam.
5. Spring Roll
Popia goreng atau spring roll ialah makanan yang terdiri daripada kulit pastri nipis yang diisi dengan sayur-sayuran atau daging, digulung dan digoreng. Ia merupakan snek popular yang boleh didapati di kebanyakan gerai makanan segera.