Roti poori biasanya kita boleh order di kedai-kedai mamak. Tapi, kalau teringin mahu makan sendiri di rumah yang tertanya lebih sedap apabila dicicah dengan sambal sardin, boleh cuba resepi roti puri ini.
Jom kita try!
1. Roti Puri Sambal Sardin & Kentang
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar minyak
- 1/4 cawan + 2 sudu besar air.
Cara buat Roti Puri Sambal Sardin
- Campurkan minyak, tepung, dan garam lalu gaulkan sebati.
- Kemudian tambahkan air dan uli sampai licin.
- Rehatkan dalam 15 minit untuk dapatkan tekstur lebih kental.
- Selepas 15 minit,semburkan sedikit minyak dan uli lagi.
- Bahagikan adunan kepada 8 bahagian.
- Bulat-bulatkan dan leperkan.
- Guna sedikit minyak jika adunan melekat.
- Kemudian masukkan dalam kuali – pastikan minyak betul-betul panas dan siram-siramkan roti tersebut.
- Terbalikkan apabila satu bahagian sudah berwarna keperangan.
- Siap!
Sumber: Lily Marion dari Masak Apa Hari Ni
2. Roti Puri Lembut
*Tips: Pastikan jika anda guna yis, yis tidak rosak.Cara untuk menguji yis, masukkan lebih kurang 1/3 sudu teh ke dalam air suam sedikit dan tengok selepas 2-3 minit air suam itu berbuih atau tidak. Jika berbuih, itu tanda yis anda elok.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh yis
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar Margerin
- 1 sudu besar minyak jagung
- 3/4 cawan air suam
Cara buat Roti Puri Lembut
- Campurkan tepung gandum, yis, susu pekat, garam, margerin dan minyak jagung.
- Uli hingga sekata dan berderai-derai.
- Masukkan air suam dan gaul rata. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
- Bulatkan kecil-kecil dan letakkan dalam bekas bertutup. Perap selama 30 minit.
- Setelah itu, lenyekkan dengan penggelek sehingga nipis. Gelekkan semua adunan siap-siap supaya mudah untuk digoreng.
- Panaskan minyak yang banyak dengan api yanag sederhana..Masukkan adunan yang telah dilenyek tadi.
- Goreng satu per satu. Semasa menggoreng, simbah-simbahkan minyak ke atas roti.
- Bila sudah kembung, terbalikkan roti. Masak hingga kekuningan dan angkat.
Sumber: Ly Safra Keplie dari Masak Apa Hari Ni
3. Roti Puri Diet
Bahan-bahan
- ½ cawan almond flour
- ¼ cawan coconut flour
- 1 sudu kecil xanthan gum
- Secubit garam pink himalaya
- 1 sudu kecil minyak sapi/coconut oil
- ¼ cawan air suam
Cara buat Roti Puri Diet
- Ayakkan almond flour, coconut flour dan xanthan gum.
- Masukkan garam, minyak sapi dan air suam. Gaul sehingga jadi doh dan rehatkan 15-20 minit.
- Uli dan canai doh menjadi nipis, tidak terlalu tebal(2 mm).
- Tekapkan bekas bulat atas doh yang dicanai untuk membentuk bulatan.
- Goreng dalam minyak panas. Simbahkan sedikit minyak ke bahagian atas. Bila bahagian bawah dah keperangan, boleh terbalikkan sekejap kemudian terus angkat.
Sumber: Noorul Izzah Marzuki dari Jom MOJO
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian resepi roti puri ini akan memberikan satu kelainan dan rasa baru untuk anda sekeluarga.
Selain roti poori, kami cadangkan anda cuba resepi roti jala lembut untuk sarapan sekeluarga. Sedap apabila dicicah dengan kuah kari atau serawa durian.
Selamat mencuba!