Sekarang agak susah untuk jumpa rotiboy yang betul-betul sedap, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Kami kongsikan beberapa resepi rotiboy untuk anda cuba.
Jom kita try!
1. Resepi Rotiboy
Bahan-bahan
- 500g tepung roti*
- 50g gula halus*
- 10g susu tepung*
- 10g yis kering*
- 10g garam halus*
- 1 biji telur gred A
- 250g air sejuk
- 40g shortening
Cara buat Rotiboy
- Campur semua bahan bertanda * ke dalam mixer.
- Putar pada kelajuan perlahan.
- Masukkan telur, kemudian air perlahan-lahan sehingga menjadi doh. (putar selama 10 minit)
- Masukkan shortening dan putar pada kelajuan tinggi selama 5-10 minit.
- Uji kekenyalan doh. Ambil doh sedikit dan tarik sedikit demi sedikit dalam 1 lapisan tidak koyak.
- Bahagikan doh 50-60g setiap satu, dan bulatkan (boleh letak butter yang didadu sebagai inti)
- Susun atas dulang yang disapu shortengin, rehatkan sehingga kembang.
Bahan-bahan saduran
- 100g butter
- 100g gula halus
- 100g tepung gandum
- 2 biji telur gred A
- 1 sudu besar coffee emulco/ nescafe o
Cara buat saduran
- Putar butter dan gula sampai kembang. Masukkan telur dan putar lagi.
- Masukkan tepung dan coffee emulco, putar hingga sebati.
- Guna piping bag (tak perlu nozzle), potong bahagian hujung sedikit.
- Bila doh dah kembang, pipingkan saduran ke atas doh.
- Bakar pada suhu 180 selama 25-30 minit mengikut oven masing-masing.
Nota: Saduran jangan letak terlalu banyak kerana akan meleleh.
Sumber: Adri Oppa dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Rotiboy Kopi
Bahan-bahan
- 250g tepung gandum
- 50g gula
- 150g susu segar
- 1 sudu mauripan
- 30 mentega
- Mentega yang dipotong kiub
Cara buat Rotiboy
- Masukkan semua bahan di atas ke dalam breadmaker dan mula uli.
- Setelah siap diuli, bulatkan doh.
- Masukkan mentega yang dah dipotong kiub sebagai inti. Bulatkan semula.
- Selepas selesai semua, tunggu hingga doh kembang dan boleh letak topping.
Bahan-bahan topping
- 60g mentega
- 30g gula
- 2 sudu nescafe + 2 sudu air suam (kacau dalam gelas dan ketepikan)
- 1 biji telur
- 70g tepung gandum
Cara buat topping
- Pukul mentega dan gula sehingga berkrim.
- Masukkan telur dan pukul lagi.
- Masukkan air bancuhan nescafe dan pukul lagi.
- Masukkan tepung dan pukul sebati.
- Setelah sebati, masukkan adunan ke dalam piping beg. Paipkan topping ke atas roti.
- Bakar pada suhu 170 selama 20 minit guna api atas dan bawah.
Sumber: Khatijah Mamat dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Rotiboy Homemade
Bahan-bahan
- 500g tepung gandum atau tepung roti (kalau guna tepung gandum tambah 1 tsp baking powder)
- 75g gula kastor
- 1 tsp garam
- 1 1/2 tbsp yis
- 60g butter
- 1 biji telur
- 270g susu segar/ air sejuk (jika guna air sejuk tambah 20g susu tepung)
Cara buat Rotiboy
- Masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan uli sehingga siap.
- Timbang doh yang sudah siap diuli dengan berat 50g dan bulat-bulatkan. Rehatkan dalam 10 minit dan isi dengan inti yang sudah dibekukan.
- Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu dengan butter. Jarakkan doh. Rehatkan dalam 1 jam lagi dan boleh dipaipkan dengan topping.
- Bakar pada sudu 180 selama 30 minit.
Bahan-bahan topping
- 100g butter
- 80g gula kastor
- 100g tepung naik sendiri
- 2 biji telur gred A
- 2 tbsp coffee emulco/ nescafe (bancuh dengan 2 tbsp air suam)
Cara buat topping
- Putar butter dan gula dalam 5 minit.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan bancuhan nescafe dan tepung, putar hingga sebati.
- Selepas siap boleh masukkan ke dalam plastik/ piping bag dan sejukkan ke dalam peti ais.
Bahan-bahan filling
- 35g gula perang
- 100g butter
- 1sk esen vanila
Cara buat filling
- Pukul butter dalam 3 minit dan masukkan gula dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
- Masukkan dalam mangkuk dan bekukan di dalam peti sejuk. Potong dalam 3cm untuk dibuat inti.
Sumber: Noorfarahliza Abd Jalil dari Masak Apa Hari Ni
Akhir kata
Sekarang anda dah tahu resepi Rotiboy, boleh cuba di rumah nanti. Boleh main-main sendiri dengan sukatan cawan ikut suka sendiri.
Boleh juga cuba resepi puding roti yang sangat mudah ini.
Selamat mencuba!