Jangan main-main dengan aircond kereta. Sekali dia merajuk sebab mulut kita gatal cakap nak tukar kereta lain, boleh makan duit ribu-ribu juga. Jadi, kalau tak nak membazir duit untuk betulkan aircond kereta, jemput ikuti cara penjagaan aircond kereta ini.

Izinkan kami berkongsi.

Cara penjagaan aircond kereta

Periksa Clutch Magnet Compressor

Sekiranya bahagian getah pada clutch magnet ini telah cair teruk, maka perlu ditukar kepada set clutch magnet yang baru.

Faktornya termasuklah menghadapi tekanan kepanasan yang melampau, serta servis flushing menukar minyak compressor langsung tidak dilakukan.

Ketika anda ingin periksa clutch magnet ini, periksa juga belt compressor. Sekiranya ada rekahan terutamanya pada bahagian dalam, maka aircond tidak akan sejuk.

 

Periksa Fuse Compressor

Fuse compressor kebiasaannya diberi nama A/C COMP oleh manufacturer.

Periksa fius ini sama ada putus atau tidak. Sekiranya putus, gantikan dengan yang baru.

Sekiranya yang baru juga putus tidak sampai 5 minit, maka itu adalah masalah litar pintas magnet compressor.

 

Periksa Relay Compressor

Periksa pada kotak fius, terdapat compressor relay.

Kebiasaannya, namanya ialah A/C COMP RELAY. Sebelum ini, anda telah periksa fuse. Sekiranya fuse putus, anda boleh cuba untuk tukar relay compressor ini dengan relay untuk hon atau mana-mana relay yang sama yang ada dalam kotak fius itu.

Sekiranya compressor itu hidup selepas penukaran, maka relay compressor tersebut mengalami masalah. Tukarkan dengan relay yang baru. Sekiranya compressor masih gagal, maka ikuti langkah seterusnya.

 

Periksa ada gas atau tidak

Kebiasaannya masalah aircond tidak sejuk secara tiba-tiba juga melibatkan gas aircond itu sendiri. Sekiranya gas dalam sistem aircond kurang atau langsung tiada, maka compressor tidak akan berfungsi. Anda hanya perlu sediakan kunci dan sehelai kain atau tisu.

Gunakan kunci untuk cucuk valve nipple yang boleh ditemui pada paip aircond. Gunakan kain atau tisu itu untuk menutup sedikit kunci dan bahagian tangan anda semasa ingin memeriksa gas aircond ini.

Anda akan dapat merasa gas aircond keluar dengan kuat sekiranya gas aircond masih ada. Sekiranya tiada gas yang keluar, maka ada masalah kebocoran gas dalam sistem aircond kereta anda.

Anda boleh gunakan UV Gas Leak Detector untuk membantu mengesan kebocoran tersebut.

 

Periksa Pressure Switch

Sekiranya bahagian di atas semuanya tiada masalah, maka anda boleh teruskan untuk bypass pressure switch. Di mana terletaknya pressure switch?

Kebiasaannya pressure switch berada berhampiran dengan bahagian liquid pipe. Liquid pipe menghubungkan condenser dengan expansion valve dan cooling coil. Sekiranya pressure switch ini rosak, compressor tidak akan hidup.

Sediakan wayar yang pendek. Kemudian, cabut soket pressure switch ini. Anda boleh cuba untuk bypass switch ini.

Sekiranya compressor hidup selepas anda bypass switch itu, maka terbukti pressure switch telah rosak. Gantikan dengan yang baru untuk menyelesaikan masalah anda.

 

Periksa Current Supply

Sekiranya bahagian-bahagian di atas telah diperiksa dan anda masih tidak menjumpai puncanya, anda boleh periksa current supply di soket wayar ke compressor aircond.

Sekiranya current supply berfungsi, maka terbukti clutchmagnet compressor telah rosak. Anda perlu menggunakan test lamp untuk memeriksa current supply ini.

 

Servis aircond kereta

Tak ada cara yang lebih baik, melainkan hantar servis aircond kereta pada yang pakar. Kadang-kadang, bimbang apabila kita cuba buat sendiri, bagaikan tikus membaiki labu pula.

 

Akhir kalam

Ikutlah cara penjagaan yang betul. Mudah-mudahan, aircond tahan lama.

Diharapkan agar perkongsi berkenaan cara penjagaan aircond kereta ini akan membuatkan aircond anda sentiasa sejuk dan lebih tahan lama. Pastikan servis ikut jadual yang disediakan. Janganlah bila sudah mula rasa panas dalam kereta, baru mahu hantar kedai untuk check. Bimbang bil yang akan diterima tidak masuk akal.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

2 Comments

Leave A Reply