Hari lahir merupakan hari yang paling bermakna bagi sesiapa sahaja. Selalunya pada hari  tersebut, akan ada sesuatu yang special berbanding hari-hari yang biasa. Ada yang dapat hadiah, ada yang belanja makan, ada yang buat majlis dan banyak lagi. Kalau dah namanya hari lahir, takkan cukup dengan hadiah sahaja. Bila disertakan dengan ucapan selamat hari lahir, barulah terasa lebih sempurna.

Kadangkala, ada juga orang yang tidak mampu nak bagi hadiah. Tetapi, mereka akan bagi ucapan selamat hari lahir untuk meraikan hari bahagia buat insan yang mereka sayangi.Namun begitu, bukan mudah untuk menyediakan ucapan sempena hari lahir.

Buat anda yang dah kering kontang dengan idea ucapan ini. Kami sedia membantu.

Izinkan kami berkongsi.

Ucapan selamat hari lahir

Berikut merupakan beberapa koleksi ucapan selamat hari lahir yang boleh anda gunakan sempena hari ulang tahun kelahiran yang tersayang.

1. Ucapan selamat hari lahir Ibu

Ini adalah ucapan untuk ibu, mak, bonda, umi dan apa sahaja yang anda panggil untuk ibu anda. Mungkin nampak simple tetapi maknanya sangat mendalam. Anda harus tahu bahawa memberi hadiah untuk ibu bukanlah satu-satunya tanda ingatan.

  • Selamat hari ulang tahun kelahiran buat ibu tercinta. Doaku semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusanmu, menjadikanmu wanita yang terbahagia di dunia mahupun di akhirat, diberikan kesejahteraan sepanjang umurmu dan mengurniakan segala kebaikan yang ada khusus untukmu. Terima kasih untuk segalanya ibu!
  • Ibu, selamat hari lahir! Hari ini adalah hari yang sangat istimewa untuk ibu. Semoga ibu meraikannya dengan penuh gembira dan bahagia. Sayang ibu selamanya.
  • Ibuku tersayang, tidak mampu rasanya untuk aku mengungkapkan dengan kata-kata tentang segala jasa dan pengorbananmu selama ini. Terima kasih kerana telah wujud sebagai seorang ibu yang terbaik. Walau sejauh mana jarak memisahkan kita, ibu tetap selalu ada di dalam hati. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan ibu. Selamat hari jadi ibu…
  • Happy birthday ibu! Semoga sentiasa cantik dan bahagia di samping insan-insan yang menyayangi ibu. I love you.
  • Pada hari kelahiranmu ibu, aku berharap kau melaluinya dengan penuh gembira. Cinta dan kasih sayangku terhadap mu tidak dapat dizahirkan hanya dengan kebendaan. Namun, ku doakan agar Allah menghiasi wajahmu dengan senyuman yang indah bukan cuma untuk hari ini tetapi untuk selama-lamanya. Dengan ucapan tulus ikhlas, selamat hari lahir ibu!

 

2. Ucapan selamat hari lahir ayah

Ucapan selamat hari lahir untuk Ayah ini agak susah sikit sebab lelaki ini bukan macam perempuan yang rajin sangat nak baca panjang-panjang. Jadi, kami sediakan yang mudah-mudah sahaja. Yang penting mesej sampai.

  • Selamat hari lahir Ayah! Semoga Ayah sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Jangan lupa yang kami selalu sayangkan ayah.
  • Ayah, kau adalah satu-satunya lelaki yang terbaik pernah aku kenali. Kau memberikan aku duniamu tanpa aku minta. Kau mengajarkan aku erti kekuatan dan menjadikan aku insan yang hebat. Di hari bahagia mu, aku ingin mengucapkan selamat hari ulang tahun buatmu. Sesungguhnya, kau adalah idolaku. Terima kasih Ayah.
  • Happy Birthday Ayah! Seiring waktu dan tahun yang berubah, usiamu juga bertambah. Semoga sentiasa di bawah lindunganNya. Sayang Ayah!

 

3. Selamat hari ulang tahun buat suami

Kalau ucapan untuk suami ini mestilah isteri nak bagi yang romantik dan sweet kan? Mesti berbunga-bunga hati suami sebab bukan setakat dapat hadiah sahaja tetapi dapat ucapan yang istimewa daripada isteri tercinta.

  • Selamat hari lahir suamiku! Ketahuilah bahawa isterimu ini amat mencintaimu. Terima kasih kerana menjadi bapa terbaik buat anak-anak kita. I love you.
  • Happy birthday my lovely husband. Sayang doakan abang dimurah rezeki, dipanjangkan umur dan diberi kebahagiaan bersama sayang dan anak-anak kita. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan pekerjaan yang abang lakukan dengan niat kerana Allah Taala. Sekali lagi selamat hari lahir abang!
  • Syurgaku, selamat hari jadi! Saya doakan semua perkara berjalan lancar untuk awak. Tetapkanlah niat dan iman di dalam setiap langkah perjuangan awak. Thank you for everything you’ve done for me. Sayang awak selamanya.
  • Selamat hari ulang tahun buat suamiku. Doaku sentiasa mengiringimu.

 

4. Wish birthday untuk isteri

Ucapan selamat hari lahir untuk isteri tercinta ini selalunya lebih istimewa dari suami sebab si isteri ini dah bersusah payah lahirkan anak-anak. Siapa tak sayang bini kan?

  • Happy birthday sayang! Saya sayang awak selamanya.
  • Kalau nak diceritakan pengorbanan awak untuk saya dan anak-anak amatlah besar. Namun, Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa awak terhadap keluarga kecil kita. Terima kasih menjadi penyejuk mata dan hati saya. Selamat hari lahir sayang! You are the best.
  • Tiada kata secantik bahasa, tiada senyum seindah senyumanmu. Di hari ulang tahunmu ku doakan agar kau tetap setia menemaniku sehingga akhir hayat. Jika kau tanya sejak bila aku mencintaimu. Tidak dapat aku nyatakan, kerana setiap hari bersamamu akan membuatku jatuh hati sehingga aku lupa sejak bila aku mencintaimu. Kau adalah kekasihku di dunia dan semoga di syurga sana kita tetap bersama. Selamat hari ulang tahun kelahiranmu sayang.
  • Isteriku, kau adalah insan terhebat yang Allah pinjamkan padaku. Tanpamu belum tentu aku kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang. Kehadiranmu sempurnakan hidupku. Sebelum hari ini bertukar esok, ku ucapkan selamat hari jadi buat isteriku yang paling aku cintai. Mencintaimu adalah satu kebahagiaan buatku.
  • Tuhan, jagakan isteriku ketika aku tidak di sampingnya. Lindungi dia dari segala bahaya yang mendatang. Dia adalah insan yang sangat aku sayang. Selamat hari jadi bidadariku!

 

5. Ucapan selamat hari lahir untuk anak

Bagi ucapan hari lahir untuk anak-anak, bergantung kepada anda sendiri untuk tujukan kepada anak lelaki ataupun anak perempuan. Yang penting ucapan untuk anak-anak ini mestilah ringkas, menarik dan tidak bosan untuk dibaca.

  • Happy birthday anakku! Semoga kamu membesar dengan baik dan sihat. Jadi anak yang soleh/solehah buat ibu ayah. We love you.
  • Selamat hari lahir buat anakku tersayang yang ke <Berapa Tahun>. Diharapkan dengan bertambah usiamu menjadikanmu lebih berani dan kuat menempuh kehidupan. Sentiasa berbuat baik kepada semua orang dan bahagiakanlah insan-insan yang ada di sekelilingmu.
  • Buat anak ibu dan ayah, terima kasih kerana menjadi anak yang baik kepada kami selama ini. Kamu adalah pelengkap hidup kami. Selamat hari ulang tahun sayang!
  • Selamat hari jadi anak! Semoga gembira menyambut hari ulang tahunmu. Kami semua sayang kamu.
  • Begitu cepat masa berlalu dan kamu telah tumbuh dewasa menjadi orang yang hebat. Kami bersyukur dengan hadirnya kamu sebagai anak kami. Selamat hari jadi kesayangan ibu ayah!

 

6. Selamat hari ulang tahun kelahiran untuk kawan

Tidak kiralah kawan baik ataupun tidak. Kalau kita bagi ucapan hari jadi, semestinya mereka akan happy. Orang kata berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Betul tak?

  • Buat sahabatku, terima kasih menjadi sahabat yang memahami dan sentiasa ada susah dan senang. Segala kenangan kita bersama tidak akan aku lupakan. Semoga kau gembira di hari jadimu. Selamat hari lahir sahabat!
  • Happy birthday <Nama>! Semoga dirimu dilimpahkan kurnia, kasih sayang dan berjaya dunia akhirat.
  • Selamat hari jadi kawan! Berbahagialah di hari kejadianmu.
  • Tidak ada hadiah yang lebih bermakna selain doa yang ku panjatkan untukmu. Selamat hari lahir sahabat. Semoga kau dikurniakan segala kebaikan yang ada di dunia mahupun di syurga.
  • Selamat hari lahir! Namamu selalu ada di dalam doaku. Semoga dirimu sentiasa bahagia.

 

Akhir kalam

Diharapkan idea-idea ucapan selamat hari lahir ini dapat memberikan sedikit sebanyak contoh kepada anda yang memerlukannya. Kesemua ucapan di atas boleh diubah mengikut cita rasa anda sendiri. Selamat mencuba!

Kalau anda nak lebih kreatif, gabungkan dengan idea anda sendiri supaya leebih feel orang kata.

Sesungguhnya, untuk cipta sesuatu ucapan ini bukanlah perkara yang mudah. Walaupun ucapan itu ringkas, kita mestilah nak orang yang membacanya dapat merasai keihklasan dari hati kita.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply