Gout adalah sejenis penyakit arthritis yang boleh menjejaskan pelbagai bahagian tubuh yang berbeza seperti pergelangan kaki, lutut, tangan, pergelangan tangan. Namun, yang paling ketara adalah pada ibu jari kaki. Gejala termasuklah kesakitan yang teramat pedih dan keradangan pada sendi yang menyebabkan bengkak. Semestinya, sesiapa yang pernah kena sakit gout, akan tercari-cari adakah cara hilangkan gout secara semulajadi dengan cepat dan berkesan.
Sedikit mengenai sakit gout
Menurut laman WebMD, gout adalah sejenis keradangan yang disebabkan oleh pembentukan hablur asid urik pada sendi. Asid urik ini adalah produk pecahan purin yang merupakan sebahagian daripada banyak makanan yang kita makan setiap hari.
Ingin kami kongsikan, bahawa ramai pesakit gout telah mencuba rawatan semulajadi dengan menggunakan bahan-bahan yang biasanya mudah didapati di rumah atau pasaraya. Tidaklah sesusah mana.
Yang belum baca punca gout, sila baca dahulu.
Cara hilangkan gout
Ingin kami tegaskan di sini, cara hilangkan gout yang dikongsikan di bawah ini TIDAK akan memberikan kelegaan atau hilangkan kesakitan serta merta.
Anda boleh amalkan petua-petua ini SEBELUM kena gout, iaitu cara mencegah gout.
Jika terasa sakit yang teramat sangat, sila ke klinik berdekatan untuk berjumpa doktor.
Cara mengatasi gout dengan minum jus saderi
Ekstrak benih saderi dan jus saderi terbukti berkesan dalam mengurangkan pembentukan asid urik dalam tubuh badan.
Ini menjadikan daun saderi amat berkhasiat dalam mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan yang disebabkan oleh keradangan.
Contohnya, sakit sendi (berpunca daripada arthritis), gout, jangkitan buah pinggang dan hati, masalah kulit, sindrom usus besar yang sensitif dan infeksi saluran kencing.
Makan buah ceri
Ceri mempunyai ciri antioksidan yang merupakan bahan semulajadi yang sangat baik untuk melegakan kesakitan gout.
Ceri juga membantu mengurangkan keradangan dan gout kerana mengandungi antosianin. Cuba amalkan pengambilan 15-20 biji ceri sehari.
Cara hilangkan gout dengan akar halia
Akar halia mempunyai ciri anti-keradangan dan boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk mengubati sakit gout. Salah satu cara adalah dengan memasukkannya ke dalam makanan harian anda.
Cara lain ialah memasukkan setengah sudu teh akar halia ke dalam air yang mendidih dan minum campuran tersebut setelah ianya sejuk.
Pilihan ketiga adalah dengan menggabungkan akar halia dengan air dan menampalkannya pada kawasan yang terjejas dan membiarkannya selama kira-kira 30 minit.
Minum air kosong banyak-banyak
Sekiranya anda mengalami sakit gout dan bengkak, pengambilan air yang mencukupi adalah penting dalam membantu mengeluarkan asid urik yang berlebihan daripada tubuh badan anda.
Ini dapat memastikan gout dalam keadaan yang terkawal.
Cara merawat gout dengan cuka epal (apple cider vinegar)
Cuka epal adalah rawatan semulajadi yang mudah untuk sakit gout dan bengkak. Keasidan dalam cuka membantu meringankan kesakitan dan mengurangkan keradangan.
Masukkan satu sudu teh cuka epal ke segelas air dan minum dua hingga tiga kali sehari. Sekiranya anda mendapati rawatan ini berkesan, anda boleh menambahkan kuantiti cuka epal ke dalam air.
Cara mengatasi gout dengan makan pisang
Kandungan potasium yang tinggi dalam pisang menukarkan kristal asid urik dalam tubuh ke dalam bentuk cecair, yang kemudiannya akan keluar melalui air kencing.
Pisang juga mengandungi vitamin C, yang mengurangkan bengkak dan kesakitan. Sertakan sebiji atau dua pisang dalam diet harian anda.
Cara hilangkan gout dengan minum jus lemon
Cara terbaik untuk melegakan sakit gout dan bengkak adalah dengan mengurangkan jumlah asid urik dalam aliran darah. Jus lemon mengalkalikan tubuh badan dan mengurangkan jumlah asid.
Campurkan sebiji jus lemon dengan setengah sudu teh baking soda. Sebaik sahaja desisan berhenti, campurkan segelas air dan minum dengan segera.
Pilihan lain ialah mencampurkan jus lemon dengan air dan minum sekurang-kurangnya tiga gelas sehari.
Akhir kalam
Tugas kami sudah selesai. Kami sudah berkongsi cara mengatasi gout yang boleh diamalkan.
Ingat, jaga kesihatan elok-elok. Gout itu, bila ia menyerang, sakitnya bukan biasa-biasa. Pasti tidak mahu merasai kesakitan itu lagi.
Diharapkan agar dengan perkongsikan cara menghilangkan gout ini dapat memberikan anda sedikit kefahaman.
Semoga bermanfaat.
Tq info