Bila panas sangat dalam kereta, pasti akan rasa marah. Pasti juga akan tertanya-tanya apa punca aircond kereta tak sejuk?
Pentingnya kereta
Pada zaman sekarang, kereta menjadi salah satu kenderaan signifikan buat manusia. Kereta memainkan peranan amat penting untuk memudahkan urusan manusia bergerak ke mana-mana sahaja, sama ada untuk bekerja, membeli barang, pergi ke bank untuk menyelesaikan transaksi berkaitan wang, meluangkan masa bersama keluarga dan sebagainya. Tetapi, kita juga perlu sedar, kereta juga umpama manusia.
Manusia mampu untuk bekerja pada tempoh yang lama, dan ada masa, memerlukan rehat. Sama juga seperti kereta, kereta mempu untuk bergerak ke mana-mana sahaja, tetapi tanpa penyelenggaraan yang rapi dan juga rehat, kereta juga mampu untuk mengalami kerosakan.
Sedikit mengenai aircond kereta
Salah satu masalah lazim yang mungkin dihadapi oleh anda yang mempunyai kereta adalah tentang aircond. Ya, aircond dalam kereta anda juga mampu bermasalah apabla aircond tersebut tiba-tiba tidak sejuk seperti biasa.
Memandangkan cuaca di Malaysia sering panas terik dan kadangkala hujan, masalah berkaitan aircond ini boleh dikatakan agak menyusahkan, lebih-lebih lagi bagi anda yang berulang-alik dari rumah ke tempat kerja pada jarak yang agak jauh, serta bagi anda yang terpaksa menghadap kesesakan setiap pagi.
Tidak sama dengan rumah, di mana, apabila anda guna aircond dalam tempoh masa yang lama, bil elektrik akan jadi tinggi. Aircond kereta tidak sebegitu.
Walau bagaimanapun, eloklah anda luangkan masa dan cuba mengenal pasti masalah ini. Tetapi, apa sebenarnya yang menyebabkan aircond menjadi tidak sejuk?
Punca aircond kereta tak sejuk
Aircond tak sejuk sebab compressor tidak berfungsi
Compressor adalah komponen yang sangat penting dalam sistem aircond kereta. Kegagalannya untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan aircond kereta kurang sejuk ataupun tidak sejuk secara keseluruhan.
Kosnya agak tinggi jika anda terpaksa menukar compressor yang baru dan original.
Aircond tak sejuk sebab condenser fan rosak
Condenser fan berfungsi membantu menurunkan suhu dan tekanan sistem aircond, supaya gas dapat bertukar menjadi cecair pada condenser.
Salah satu simptom yang anda mungkin alami sekiranya condenser fan rosak; apabila kereta berjalan aircond menjadi sejuk, apabila kereta berhenti aircond menjadi panas.
Anda boleh lakukan visual checking dahulu. Buka bonet hadapan dan perhatikan condenser fan berpusing atau tidak.
Sekiranya tidak, besar kemungkinan fius telah putus, atau relay telah rosak atau motor fan telah rosak.
Punca aircond tak sejuk, Filter Dryer kotor & tersumbat
Tekanan sistem aircond boleh menjadi sangat tinggi sekiranya masalah filter dryer tersumbat.
Disebabkan anda tidak membuat servis menukar filter dryer baru secara berkala, maka sistem aircond kereta anda sangat berisiko untuk tersumbat.
Apabila tekanan terlalu tinggi melebihi spesifikasi, aircond kereta secara tidak langsung, tidak akan sejuk.
Expansion Valve rosak
Masalah yang kerap terjadi pada valve adalah stuck open ataupun stuck closed.
Masalah ini boleh berlaku apabila terdapat bendasing atau kotoran yang telah masuk ke dalam valve dan menyebabkan ia rosak.
Aircond tidak akan menjadi sejuk dan masalah yang lebih besar, akan memberi kerosakan teruk kepada seluruh sistem aircond kereta anda.
Cooling Coil terlalu kotor
Sekiranya masalah ini terjadi, anda mungkin akan perasan habawa aircond anda berbunyi sangat kuat, tetapi kuantiti aircond yang keluar amat sedikit, ataupun dalam bahasa mudah, aircond slow.
Anda mampu mengurangkan masalah ini jika anda servis cabin filter dan servis blower fan yang berada pada belakang glove box di sebelah tempat duduk penumpang hadapan.
Pastikan cabin filter dan blower fan itu sentiasa bersih.
Gas aircond bocor
Kebiasaannya masalah aircond tidak sejuk secara tiba-tiba juga melibatkan gas aircond itu sendiri. Sekiranya gas dalam sistem aircond kurang atau langsung tiada, maka compressor tidak akan berfungsi.
Anda hanya perlu sediakan kunci dan sehelai kain atau tisu. Gunakan kunci untuk cucuk valve nipple yang boleh ditemui pada paip aircond. Gunakan kain atau tisu itu untuk menutup sedikit kunci dan bahagian tangan anda semasa ingin memeriksa gas aircond ini.
Anda akan dapat merasa gas aircond keluar dengan kuat sekiranya gas aircond masih ada. Sekiranya tiada gas yang keluar, maka ada masalah kebocoran gas dalam sistem aircond kereta anda. Anda boleh gunakan UV Gas Leak Detector untuk membantu mengesan kebocoran tersebut.
Akhir kalam
Kesimpulannya, aircond kereta anda menjadi tidak sejuk, bukan sahaja berpunca daripada kerosakan dalam sistem aircond itu sendiri, malah anda sendiri tidak mengambil inisiatif untuk servis segala yang perlu dalam sistem tersebut.
Kurangkan risiko segala masalah aircond kereta dengan jaga servis dan buat servis flushing untuk tukar minyak compressor secara berkala setiap 30,000 km ataupun setahun sekali.
Sebab apa kena buat servis ni? Sebab minyak compressor aircond tu sangat penting.
Akhir kalam, tak kiralah anda bawa kereta auto atau manual, sayangilah dan jaga ia sebaik mungkin.
Semoga bermanfaat.
6 Comments
Terbaik artikel tuan..sangat bermanfaat..
Air cond kereta saya ok.. Bila lama buka.. Taknsejuk.. Kt pipe dlm bonet tengoknada ais.. Bila ais tu hilang aircond kembali normal.. Apa masalahnya?
Air cond kereta saya sejuk. Bila lama buka, hilang sejuk. Cooling coil ada ais
Bila ais tu hilang aircond kembali normal. Apa masalahnya?
Blower xhidup 1 penyebab juga
Maaf mahu tanya , hari tu colling coil saya bocor da ganti tpi ac kurang sejuk dan ada bunyi ular ,, bunyi2 gas ,, pas tu saya tukar valve ,, tpi ac masi kurang sejuk dryer da tukar juga msi lagi ,, condensor suda buka dan servis cuci pakai cecair chemical ,,, tmpat saya tukar cooling coil ckp kena tukar condensor, tetapi tmpt saya servis condensor ckp ,, condensor ni x rosak ,, yg rosak cooling coil yg d pasang serta valve tak berapa bagus , cooling coil d pasang jenama kenza sama juga valve,, suda 2 minggu saya ke work shop trus ,, mnta pndapat tuan ,, apa prlu saya buat ,, chek suhu 8 °c ja x mmpu turun lagi , kalau kereta jln kadang sejuk tu hilang da mncul bunyi gas pas tu sjuk hilang lagi,,,sya pakai kereta saga flx manual
Maaf bleh sy thu knape aircond kereta sy xde rse sjuk..cooling coil dh tukar.sblm tkar cooling coil elok je..bile gnti yg bru trus jd mslh..hrp tuan bleh bg pndapat pd sy