Bagaimana cara ikat tali kasut dengan ikatan yang mudah cantik dan menarik?

Usah bimbang, pada akhir artikel ini, kami kongsikan dengan anda video yang boleh dirujuk untuk buat ikatan tali kasut yang style. Sesuai untuk rujukan bagi mengikat tali kasut sekolah, boot dan lain-lain.

Cara ikat tali kasut

Izinkan kami berkongsi seperti di bawah

Zaman dulu, semua kasut bertali

Ada kanak-kanak, dari sekolah rendah pakai kasut yang ada strap. Bila pakai kasut jenis strap, Velcro atau slip-on iaitu yang boleh sarung terus, dia membesar dengan tidak pandai ikat tali kasut biasa. Tak perlu ikat yang style, yang biasa-biasa pun sudah cukup.

Orang zaman 80an, 90an, semuanya pandai ikat tali kasut. Ini kerana dulu-dulu, tak ada kasut sekolah yang jenis strap, Velcro atau slip-on. Lagipun, kasut itu barang mahal. Ada yang tidak mampu beli.

 

Perlu ke ajar anak ikat tali kasut?

Kajian dari Ian Fieggen yang juga dikenali sebagai Professor Shoelace, ibu-bapa yang tidak mengajar anak ikat tali kasut sebenarnya membantutkan pembangunan dan pembesaran anak. Sampai begitu sekali kata dia.

Walaupun dilatih untuk ikat tali kasut, anak-anak akan jadi malas sebab ada cara lain untuk skip. Bila tidak dapat siapkan, anak-anak akan dibenarkan oleh ibu-bapa untuk pakai kasut biasa.

Kata Ian Fieggen lagi, “Walaupun ia nampak mudah dan tidak ada apa-apa, ia sebenarnya satu masalah yang sangat besar. Pokoknya di sini, bukannya anak-anak ini tidak boleh ikat tali kasut. Hakikat yang sebenar ialah, anak-anak tidak melalui kesukaran untuk belajar sesuatu. Anak-anak ini merasakan itu adalah okay. Dan anak-anak perlu tahu, untuk belajar sesuatu, perlu kerja keras.”

 

Tak ramai anak zaman sekarang yang pandai ikat

Laporan dari Telegraph pada tahun 2013 menunjukkan hanya beberapa orang kanak-kanak sahaja yang boleh belajar kemahiran ikat tali kasut ini sebelum umur 6 tahun.

Ramai yang masih lagi tidak boleh buat sendiri, sehingga mereka berumur 9 atau 10 tahun. Itu pun bila mereka mula berminat dengan sukan.

Masa inilah mereka perlukan kasut sukan, kasut bola atau boot bila mahu turun padang. Dan masa inilah baru terhegeh-hegeh nak belajar cara ikat tali katu

 

Susah sangat ke?

Sebenarnya, nak ikat tali kasut tidaklah sesusah mana.

Sama macam ikat tali leher, yang penting kena tahu teknik, dan ulang banyak kali. Tidak kira ikat tali kasut 4 lubang atau 5 lubang, tak kira kasut mahal seperti Adidas, Vans, Timberland atau Nike, yang paling penting ialah kena biasakan diri.

Selalu-selalulah pakai kasut bertali.

Jangan asyik pakai Crocs, selipar atau kasut sarung.

Barulah nampak style.

 

Macam mana cara ikat tali kasut?

Pertama, boleh tengok bagaimana Ian Fieggen punya tutorial, iaitu satu cara yang pantas yang dipanggil Ian Knot.

Yang kedua, boleh tonton cara kreatif yang lain untuk ikat tali kasut oleh MrGear.

 

Akhir kalam

Bagaimana dengan anda? Bila mula pandai ikat tali kasut? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply