Anda pasti pernah mendengar istilah paha drumstick, bukan? Atau anda sendiri yang berdepan dengan masalah paha yang besar. Dah cuba pelbagai cara tapi masih tak berhasil? Jangan risau, kami ada cara kecilkan peha besar yang boleh membantu anda.

Teruskan perkongsian artikel ini, okay?

Langkau artikel ini untuk baca kebaikan chia seed, yang boleh juga membantu untuk kuruskan badan.

Paha besar memalukan?

Masalah saiz paha ini tak sama dengan masalah double chin dan pipi tembam.

Masalah paha yang besar ini merupakan satu isu biasa yang sering dihadapi oleh kaum wanita. Namun ia tidak bermakna individu lelaki tidak menghadapi masalah ini. Cuma lelaki biasanya tak ambil peduli masalah ini.

Berbeza dengan orang perempuan, kadang kala badan dah langsing, cantik tapi peha tetap besar.

Keadaan ini akan menyebabkan timbulnya isu kurang keyakinan diri dan masalah sukar untuk mendapatkan pakaian yang sesuai dengan keadaan fizikal diri.

Punca peha besar

Apakah puncanya yang menyebabkan wujudnya isu paha besar ini? Berikut adalah beberapa faktor yang boleh mempengaruhi keadaan yang dialami ini, antaranya:

 

Pengaruh hormon

Sama ada lelaki atau wanita, masing-masing mempunyai deposit lemak yang dipengaruhi oleh hormon. Hormon estrogen pada wanita menyebabkan ia lebih banyak disalurkan ke bahagian paha dan punggung. Bagi lelaki pulak, hormon testosteron akan mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul pada perut.

 

Walau bagaimanapun, lemak yang terdapat pada paha dan punggung individu wanita dikatakan penting untuk proses kesuburan. Malahan dikatakan wanita yang mempunyai punggung besar adalah lebih subur. Hmmm…menarik, bukan?

 

Otot

Punca anda mempunyai ukuran paha dan punggung yang besar biasanya disebabkan anda mempunyai genetik secara semula jadi otot paha yang besar. Walaupun otot anda keras dan tidak berlemak, tetapi menerusi pandangan kasar, ia tetap dilihat sebagai besar, bukan?

 

Bentuk tubuh

Anda pasti pernah mendengar mengenai jenis bentuk badan manusia, seperti buah pir, hour glass dan jenis-jenis lain. Sebenarnya, bentuk tubuh akan mempengaruhi ukuran paha dan badan anda.

 

Individu wanita yang mempunyai bentuk badan seperti buah pir cenderung untuk mempunyai ukuran paha dan punggung yang lebih besar dan lebar berbanding saiz normal. Sukar untuk anda mengubah bentuk tubuh dan anda perlu berusaha keras untuk membentuk paha anda menjadi lebih kecil.

 

Cara kecilkan peha

So anda sudah tahu punca kenapa anda mempunyai paha yang besar, jadi adakah terdapat cara mudah kecilkan paha yang boleh anda lakukan? Yes, sudah tentu ada.

Ikuti langkah yang berikut:

 

Minum air putih

Seperti yang sering disarankan, badan kita memerlukan lebih kurang 2 liter air sehari. Ini adalah untuk membantu menghindari masalah dehidrasi, menyingkirkan kotoran serta sebagai proses pembakaran lemak. Tapi ingat, air putih sahaja, okay? Air manis bergula sebaiknya dikurangkan pengambilan.

 

Cara kecilkan peha, makan makanan rendah kalori

Siapa yang tidak suka makanan fast food, bukan? Namun, yang tak best-nya tentang makanan ini, ia tinggi garam, lemak dan sangat berminyak. Sudah tentulah menjadikan ia sebagai makanan yang tidak bagi dan harus dielakkan. Sebaiknya amalkan pengambilan sayuran dan buah-buahan serta makanan yang tinggi kandungan serat.

 

Rehat

Tak cukup tidur bukan sahaja boleh mengakibatkan anda menjadi stres tetapi dalam masa yang sama akan mendatangkan impak kepada fizikal anda. Tidur sebenarnya dikatakan dapat membantu membakar lemak badan. Sewaktu tidur, lebih kurang 45-115 kalori akan terbakar. Haa..hebat bukan? Anda hanya perlu tidur. Tetapi jangan ‘pulak’ anda makan sebelum tidur sebab ia boleh menjadi punca saiz paha anda bertambah!

 

Stres dan kerja

Bekerja adalah cara untuk anda memperolehi mata pencarian. Namun, perlu diingatkan, melakukan kerja yang berlebihan sehingga terlupa untuk makan dan berehat adalah sangat tidak bagus untuk kesihatan. Malahan, perbuatan anda itu boleh menyebabkan anda stres! Dipercayai stres akan menghalang pembakaran lemak dalam badan, khususnya paha. Jadi, anda patut elakkan stres, faham?

 

Pergerakan kecil

Kebanyakan individu yang bekerja di pejabat akan banyak menghabiskan masa dengan duduk dan kurang bergerak. Haa…itu pun boleh jadi punca paha besar ‘tau’! Anda perlu mengetahui gerakan atau senaman yang sesuai untuk membantu anda kecilkan paha.

 

Ketika duduk pun anda boleh bersenam dengan meluruskan kaki ke hadapan dan mengangkat kaki tegak selari dengan kedudukan anda. Cuba lakukannya dan anda pasti dapat merasai ketegangan pada bahagian lutut dan paha. Jangan lupa untuk amalkan selalu.

 

Senaman kecilkan paha

Di atas tadi, penulis ada sebut tentang senaman yang sesuai untuk membantu dalam proses untuk kecilkan paha.

Memang benar, ada orang kata cara kecilkan peha atau yang lebih luas iaitu kuruskan badan itu sebenarnya lebih kepada mindset atau psikologi. Namun, kami percara senaman itu juga penting.

Berikut adalah beberapa aktiviti fizikal mudah yang boleh anda lakukan. Mana tahu ia mungkin dapat mengatasi masalah paha drumstick anda.

 

 Angkat kaki

Anda pasti suka berbaring sambil tengok tv (televisyen), bukan? Jadi sambil-sambil layan drama dekat tv ‘tu’, apa kata anda cuba angkat kedua belah kaki setinggi mungkin. Kalau anda mampu, pastikan kaki anda tegak 90 darjah dan tahankan untuk beberapa minit. Bukan sahaja baik untuk paha, malah turut beri kesan pada perut.

 

Senaman kecilkan peha dengan naik tangga

Jika lif dan escalator menjadi pilihan anda selama ini, apa kata tukarkan kepada tangga. Walaupun jarak tangga yang dinaiki itu mungkin setingkat, tapi ia tetap memberikan kesan kepada bahagian paha dan kaki anda. Jadi, pilihlah tangga dan jangan malas!

 

Cara kecilkan peha dengan squat

Antara cara kuruskan peha yang berkesan ialah squat.

Senaman kuruskan badan dengan cara mencangkung ini dikatakan amat berkesan untuk mengecilkan paha. Jumlah pergerakan yang baik adalah sebanyak 30 hingga 50 kali sehari.

Tetapi janganlah ‘pulak’ pada hari pertama melakukan squat terus buat sampai lebih 30 kali. Sakit badan ‘tu’ nanti. Sebaiknya mulakan perlahan dengan jumlah kecil dan tambahkan ia sedikit demi sedikit.

 

Cara kecilkan peha dengan berenang

Senaman ini bukan sahaja untuk menjadikan kaki lebih runcing tetapi aktiviti fizikal ini amat baik untuk kesihatan badan secara keseluruhan. Ini kerana gerakan berenang memerlukan kekuatan kaki dan tangan. Senang cerita, apabila berenang, ia mengerakkan hampir kebanyakan otot pada badan anda.

 

Panduan kurangkan lemak di peha

Memandangkan ramai wanita yang menghadapi masalah paha besar, womenshealthmag.com ada berkongsi 11 cara kecilkan peha.

Walaupun dalam Bahasa Inggeris, banyak ilmu yang dikongsikan.

 

Cara kuruskan peha, guna petua tradisional orang lama

Kalau malas bersenam, mungkin cara kecilkan peha mengikut petua orang lama boleh dicuba sebagai salah satu jalan alternatif.

Dikatakan terdapat petua minuman tradisional yang boleh membantu untuk menyingkirkan paha drumstick anda itu. Bolehlah anda cuba amalkan.

 

Bahan-bahan:

2 sudu besar – jintan manis

1 liter – air

 

Cara-cara:

Jintan manis direbus bersama 1 liter air untuk tempoh 30 minit dengan api sederhana kecil. Amalkan minum air ini selepas makan; secawan pada waktu pagi dan secawan pada waktu malam. Lakukan selama sebulan untuk dapat melihat keberkesanannya.

 

Tapi kombinasi yang terbaik adalah dengan mengamalkan petua minuman tradisional ini dengan senaman. Jangan malas bersenam!

 

Namun harus diingatkan petua minuman tradisional ini adalah tidak sesuai untuk wanita mengandung dan individu dengan sakit kronik seperti buah pinggang, diabetes atau darah tinggi.

 

Akhir kalam

Ingatkan, cara kecilkan peha memang kita boleh cetak dan tampal di dinding. Namun, untuk konsisten, ia perlukan pengorbanan dan kesabaran yang cukup tinggi. Bila badan besar, ada kemungkinan sakit tumit juga.

Untuk dapat melihat keberkesanan atau perubahan pada saiz anda, ia memerlukan kesabaran. Perubahan tidak akan dapat dilihat kalau anda cuma ‘hangat-hangat tahi ayam’. Lakukan dengan kesungguhan.

Akhir sekali, jika perut anda juga buncit, jemput baca cara kempiskan perut buncit pula. Mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

2 Comments

  1. Tapi kenapa saya buat squat paha makin besar…satu lagi,bila saya search cara kecilkan paha dia syorkan buat squat,lepas tue saya search lagi senaman besarkan paha,pun ada syorkan squat..saya tak fahamlah…apa sebenarnya senaman nak kecilkan paha secara alami nie…saya nak kecilkan paha terutamanya yang dekat paha belakang..apa yang saya perlu buat

  2. benda yang anda perlu buat ialah doa.doa satu-satu nye cara yang paling berkesan.insyaalah allah akan permudahkan semua urusan.

Leave A Reply