Berpindah ke rumah baru, sudah tentu anda mahukan keadaan di dalam rumah yang selesa, bukan? Selain pemilihan warna cat yang sesuai, susun atur perabot serta penggunaan ruang secara bijak, aspek pemilihan lantai juga sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam kesan sentuhan sesebuah rumah. Maksudnya, sebelum beli tikar getah span, vinyl atau 3d, pastikan ia sesuai dengan keadaan rumah.
Langkau artikel ini jika anda mahu baca tips sebelum renovate rumah teres.
Dulu lantai marmar
Jika satu ketika dahulu, kita disogok dengan penggunaan lantai marmar bagi menampakkan ruangan rumah yang lebih mewah, namun kini pemilihan lantai yang bercorak kayu lebih menjadi pilihan.
Corak kayu
Ini kerana permukaan lantai yang tampil dengan corak kayu lebih mewujudkan sisi elegan dan moden. Malahan penggunaannya juga dapat menaikkan mood dan suasana sesebuah rumah berbanding lantai jubin, mozek mahupun marmar.
Bajet rendah, harga murah
Bagi individu yang mempunyai bajet yang lebih, mungkin boleh memilih untuk memasang lapisan kayu lamina pada ruangan di dalam rumah. Namun bagaimana pula bagi individu yang bajetnya tidaklah seberapa? Adakah ia akan menghadkan keinginan untuk mempunyai lantai bercorak kayu?
Janganlah bersedih, ini kerana anda masih boleh mendapatkan lantai yang bercorakkan permukaan kayu dengan menggunakan lapisan lantai vinyl (vinyl flooring). Ia bukan sahaja menawarkan harga yang lebih mampu milik, malahan penggunaannya juga sesuai untuk digunakan pada ruangan basah seperti dapur, ruangan menyidai atau balkoni. Ini kerana ia diperbuat daripada sejenis getah sintetik yang mesra alam.
Cara pasang tikar getah sangat mudah
Selain harganya yang murah, kaedah pemasangannya juga adalah lebih mudah. Apa yang penting sebelum memasang lantai vinyl adalah untuk memastikan keadaan lantai asal adalah rata dan licin. Jika lantai simen asal berada dalam keadaan yang tidak rata, menggerutu dan kesan, ia boleh menyebabkan pemasangan lantai vinyl menjadi sukar untuk dilakukan.
Kelebihan tikar getah vinyl
Kelebihan utama lantai vinyl adalah ia tahan air 100 peratus atau dalam erti kata lain, kalis air. Jika anda memilih untuk menggunakan lantai ini, anda tidak perlu risau tentang cuaca atau mengenai penggunaanya di mana-mana ruangan di dalam rumah anda. Ia pastinya merupakan satu kelebihan buat mereka yang mempunyai anak kecil ataupun memiliki haiwan belaan.
Malah penjagaan lantai vinyl ini juga sangat mudah dan murah. Anda cuma perlu menyapunya setiap hari dan mengelap permukaan lantai ini beberapa kali seminggu. Ia dapat menjadikan lantai anda untuk tahan lebih lama.
Harganya juga adalah sangat berpatutan dan anda boleh memasangnya sendiri. Jenis lantai ini boleh dipasang sendiri. Sudah tentu ia dapat membantu menjimatkan kos pemasangan, terutamanya jika anda mempunyai kekangan bajet.
Jenis-jenis tikar getah vinyl
Terdapat beberapa jenis lantai vinyl yang perlu anda ketahui untuk memastikan anda memilih lantai yang sesuai dengan rumah anda.
Tikar getah Vinyl Plank
Vinyl jenis ini dikatakan sebagai vinyl yang paling laris di pasaran. Ia boleh didapati dalam bentuk segi empat tepat dengan tahap ketebalan yang berbeza antara dua hingga tiga milimeter. Vinyl ini diperbuat daripada polyvinyl carbonated (PVC).
Ia hadir dalam dua jenis pilihan permukaan, sama ada timbul atau tidak timbul. Permukaan timbul adalah permukaan vinyl yang bertekstur seperti serat kayu sebenar dan ia sekali gus menjadikan permukaannya tidak licin. Manakala permukaan yang tidak timbul adalah jenis permukaan vinyl licin dan mudah untuk dicuci.
Vinyl Tile
Bagi jenis ia hadir dalam bentuk segi empat sama seperti seramik dan mempunyai kepanjangan dan lebar yang sama antara 30 hingga 50 sentimeter. Bagi vinyl ini, anda akan mendapat pelbagai pilihan motif dan warna.
Vinyl roll
Ia hadir dalam bentuk gulungan seperti karpet dengan ketebalan antara 0.5 hingga 2.2 milimeter. Vinyl ini mempunyai tahap fleksibiliti yang sangat tinggi. Pemasangan jenis ini adalah lebih sukar tetapi ia akan kelihatan lebih kemas kerana hanya memerlukan beberapa penyambungan.
Vinyl Click
Vinyl jenis ini mempunyai ketebalan 5 milimeter dan mudah untuk dipasang. Ini kerana anda hanya perlu memastikan antara vinyl tersambung dan terpasang tanpa memerlukan perkakasan seperti gam.
Bajet untuk vinyl flooring
Bagaimana pula dengan kos untuk pemasangan? Adakah ia mahal? Jangan risau, kos untuk pemasangan lantai ini secara sendiri tidaklah begitu besar. Berikut dikongsikan kos untuk keluasan bagi 300 kaki persegi yang menggunakan vinyl jenis plank.
Vinyl plank: RM58 sekotak dan sebanyak 13 kotak diperlukan untuk keluasan 300 persegi.
RM58 x 13 = RM754
Gam vinyl = RM68 sekotak
Jumlah kos = RM822
Kos keseluruhan mungkin berbeza mengikut jenis vinyl pilihan anda, okay?
Tips penjagaan tikar getah vinyl
Tidak kira apa pun, mestilah mempunyai cara penjagaan yang khusus, bukan? Begitu jugalah dengan lantai vinyl. Adakah anda tahu cara penjagaan lantai vinyl untuk memastikan ia lebih tahan lama?
Berikut dikongsikan cara penjagaan vinyl flooring yang boleh diamalkan untuk memastikan lantai anda lebih tahan lama:
Mop basah
Elakkan penggunaan steam cleaner atau mop yang basah untuk membersihkan lantai anda. Ini kerana ia boleh menyebabkan kemasan pada permukaan lantai akan mudah tertanggal dan rosak.
Bersihkan segera
Jika permukaan vinyl flooring anda terkena sebarang kotoran, amatlah disarankan untuk anda membersihkan kekotoran tersebut dengan segera. Ini kerana jika kotoran dibiarkan untuk tempoh yang lama, ia akan sukar dibersihkan.
Nail polish remover
Sekiranya terdapat kotoran degil seperti minyak, cat, permanent maker, gincu bibir, sebarang dakwat dan sebagai yang sukar untuk dihilangkan, anda boleh menggunakan nail polish remover atau pencuci warna kuku. Tuangkan pencuci tersebut ke atas kain putih yang lembut dan gosokkan pada bahagian yang terkena kotoran. Kemudian lapkan dengan tuala lembap.
Penyapu lembut
Untuk membersihkan habuk pada celahan panel vinyl, anda boleh menggunakan penyapu jenis lembut atau vakum yang mempunyai berus lembut secara kerap. Hindar dari menggunakan berus yang kasar kerana ia akan menyebabkan calar pada permukaan vinyl.
Sabun pencuci
Kalau anda ingin mencuci lantai anda dengan sabun, pastikan anda menggunakan sabun pencuci yang dikhususkan untuk lantai vinyl. Atau anda sebenar boleh mencuci dengan hanya menggunakan air bersih. Sebaiknya jangan gunakan pencuci yang mempunyai peluntur.
Mempunyai metal
Elakkan penggunaan berus, kain atau penyapu yang mempunyai jalinan metal seperti steel wool. Ini kerana ia cenderung menyebabkan permukaan vinyl anda bercalar walaupun halus. Penggunaannya secara berterusan boleh mengakibatkan permukaan vinyl anda tampak kusam.
Pengilat lantai
Jangan menggunakan sebarang peralatan atau perkakasan untuk mengilatkan lantai pada permukaan vinyl anda. Anda juga harus mengelakkan daripada mengheret atau menolak barangan berat di atas permukaan vinyl. Ini boleh menyebabkan permukaan lantai bercalar dan merosakkan strukturnya.
Tips pilih kedai tikar getah harga murah
Kami sebenarny tidak suka untuk meletakkan harga sebagai pilihan pertama. Ini kerana bila harga ini satu kepentingan, ia tidak akan menjami kualiti.
Baca review dulu
Anda boleh baca macam-macam review tentang syarikat atau kedai tikar getah yang ada. Jangan Google sekali, terus beli.
Pastikan baca, baru rasa selesa.
Pilih corak yang berkenan
Jika kedai yang anda pergi itu memang murah, jangan terus beli. Lihat dulu samada corak tikar getah itu berkenan di hati atau tidak.
Pilih yang dekat dengan rumah
Jika anda tinggal di Bangi, cubalah cari kedai yang terletak samada di Bangi, Kajang, Serdang atau Seri Kembangan. Janganlah cari sampai ke Klang atau Shah Alam.
Kenapa jangan cari jauh-jauh?
Jika mahu murah, cari yang dekat dengan rumah. Ini kerana mereka akan caj penghantaran dan pemasangan yang lebih.
Walaupun kedai akan kata harga sudah termasuk dalam penghantaran, biasanya mereka akan mark-up sedikit dan menampakkan harga penghantaran itu sudah sekali dengan harga tikar getah.
Alih barang sendiri
Jika anda minta mereka pasang tikar getah vinyl di kediaman anda, cakap dengan mereka bahawa anda akan berada di lokasi semasa pemasangan.
Ini kerana mereka akan caj hanya untuk pengalihan perabot dan barang-barang yang menutup tempat untuk mereka pasang tikar getah.
Pasang sendiri
Ini adalah yang terbaik. Sebenarnya, tidaklah sesukar mana jika anda mahu DIY sendiri.
Jika masih ragu-ragu, tanya seberapa banyak yang boleh sebelum beli. Jika masih tidak cukup, rujuk video di YouTube
Akhir kalam
Jika anda mahukan lantai atau tikar getah rumah yang tampil elegan dan moden tetapi mempunyai kekangan bajet, anda boleh memilih untuk memasang vinyl flooring.
Anda boleh memasangnya secara sendiri dan sudah tentu ia dapat membantu anda untuk lebih menjimatkan kos.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.