Inginkan suasana rumah yang berbeza tetapi masih belum berkemampuan untuk membeli rumah yang baru? Tidak mengapa. Anda boleh memilih untuk melakukan pengubahsuaian kepada rumah teres anda. Pastinya jika mahu renovate rumah teres, tidak kiralah setingat atau dua tingkat, ia akan memerlukan bajet sebesar membeli rumah baru. Harga kadang-kadang tidak masuk akal.
Bagaimana mahu mula?
Tidak tahu bagaimana untuk memulakannya? Jangan risau, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum melakukan proses renovate rumah teres anda.
Tips renovate rumah teres
Untuk melakukan sebarang pengubahsuaian pada rumah bukanlah satu perkara yang sukar, malahan jika anda mengetahui caranya, ia akan tampak lebih mudah. Jika anda ingin mengubah suai rumah anda, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui.
Berjimat dan tentukan rekaan
Sudah pasti perkara yang paling penting dalam melakukan pengubahsuaian rumah adalah untuk mengetahui apa yang anda inginkan. Anda perlu mempunyai gambaran tentang bentuk rekaan yang diingini.
Jika anda masih samar-samar dan tidak dapat menentukan secara tetap, ia berkemungkinan besar akan menyebabkan pertambahan kos pada pertengahan proses pengubahsuaian rumah itu nanti.
Selain itu anda juga harus menyedari mengenai status kewangan anda dan melakukan pengubahsuaian yang bersesuaian dengan bajet kewangan anda. Ini sudah tentu penting untuk berikan keutamaan bagi mengelakkan timbulnya masalah kewangan dan berisiko untuk menyebabkan proses pengubahsuaian rumah anda terbengkalai.
Kerja pengubahsuaian yang tertangguh dengan perubahan bentuk sepanjang proses mengubah suai rumah mungkin akan menyebabkan hasilnya tidak sempurna. Keadaan ini akan menyebabkan anda berasa tidak berpuas hati melihat hasil kerja renovate rumah teres setelah siap.
Walau bagaimanapun, jika pengubahsuaian itu terpaksa dilakukan atas sebab atau alasan yang kukuh, anda amatlah dinasihatkan untuk memastikan perubahan itu adalah minimum. Tetapi anda harus sedar, ia tetap akan menyebabkan pertambahan kos walaupun sedikit.
Pemantauan kerap pada kontraktor rumah
Ya, anda mungkin mengenali pereka dalaman atau kontraktor yang mengendalikan proses renovate rumah teres anda. Malahan anda mungkin mempercayai mereka kerana mereka adalah ahli keluarga atau kenalan rapat anda.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pemilik rumah berpengalaman dengan kerja pengubahsuaian rumah menyarankan untuk anda sentiasa melawat tapak rumah anda dengan kerap.
Ini kerana jika anda sentiasa melawat dan memberikan perhatian kepada proses pengubahsuaian yang dilakukan, anda mungkin akan dapat mengesan jika terdapat sebarang masalah ataupun isu berbangkit kepada pekerja pengubahsuaian dengan segera.
Ia sudah tentu dapat membantu anda untuk mengelakkan anda daripada dikenakan bayaran tambahan jika anda ingin melakukan perubahan kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja pada tempoh akhir pengubahsuaian rumah anda.
Cari kontraktor bersesuaian
Adalah penting untuk anda mencari seseorang yang anda selesa untuk bekerja bersama sepanjang proses renovate rumah teres anda.
Jika anda tidak pasti macam mana untuk mengubah suai rumah, anda mungkin boleh bertanyakan kepada jiran sekitar kawasan rumah teres anda yang pernah melakukan renovate rumah dan sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan.
Memang boleh Google sahaja “kontraktor renovate rumah“, tapi jangan percaya 100%. Lebih baik dapatkan nombor kontraktor dari kawan-kawan yang puas hati sebelum ini.
Kebiasaannya, kontraktor yang sering melakukan kerja pengubahsuaian di kawasan perumahan tertentu akan lebih mengetahui apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk dilakukan kepada rumah yang ingin diubah suai.
Buat pelan tambahan
Jika anda sudah mengetahui apa yang anda inginkan dan mempunyai bajet tertentu, pastikan anda kekal dengan jumlah tersebut. Ini perlu untuk memastikan anda tidak terlebih belanja dan masih mempunyai simpanan untuk masa akan datang.
Namun, anda juga harus mempunyai pelan tambahan. Ini adalah untuk menjadi pelan sokongan sekiranya terdapat perkara berbangkit. Sebagai contoh, anda mahu mengunakan lantai kayu lamina 4G tetapi kosnya agak mahal. Jadi anda mungkin boleh menukarkannya kepada pilihan lain yang hampir serupa seperti vinyl flooring yang harganya jauh lebih berpatutan.
Buat kontrak
Merupakan aspek penting sebagai persetujuan bertulis yang komprehensif mengenai apa yang diinginkan anda dalam renovate rumah teres anda. Kontrak ini akan dapat membantu kedua-dua pihak untuk lebih maklum dengan pembayaran, kos tambahan, penghantaran, kualiti barang serta perkara-perkara lain.
Kontrak juga merupakan perkara penting yang akan membantu sekiranya berlaku atau timbul sebarang masalah mahupun pertikaian serta isu berkaitan undang-undang yang lain.
Renovate rumah guna duit KWSP
Pengeluaran KWSP untuk renovate rumah?
Mesti ada di antara anda yang terfikir untuk membuat pengeluaran KWSP untuk melakukan pengubahsuaian rumah, bukan? Umum mengetahui bahawa akaun 2 KWSP boleh digunakan untuk pengeluaran tetapi adakah boleh dilakukan untuk melakukan renovate rumah?
Sememangnya pengeluaran untuk membina rumah termasuk dalam jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan. Tetapi jangan bergembira terlebih dahulu kerana ada syarat yang perlu dipenuhi.
Pengeluaran ini hanyalah untuk membolehkan ahli mengeluarkan simpanan untuk membiayai pembelian atau membina sebuah rumah. Ia adalah untuk membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Syarat kelayakan membuat permohonan renovate rumah
Berikut adalah syarat kelayakan jika anda ingin melakukan permohonan pengeluaran:
- Ahli bertaraf Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara
- Ahli belum mencapai usia 55 tahun pada tarikh permohonan
- Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)
- Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ’studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’/ SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman)
- Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman seperti berikut:
- Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
- Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
- Majikan
- Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
- Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
- Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; atau
- Secara tunai
- Surat perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; atau telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua
- Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP
- Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)
- Ahli tidak layak memohon sekiranya :-
- Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
- Mengubah suai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
- Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
- Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
- Membeli rumah ketiga
- Membeli rumah di luar negara
Jadi jawapan kepada persoalan ini, adalah anda TIDAK BOLEH melakukan pengeluaran KWSP untuk renovate rumah.
Harap maklum.
Akhir kalam
Persediaan mental fizikal mesti cukup sebelum buat keputusan untuk renovate rumah teres.
Jika anda ingin melakukan renovate rumah teres anda atau sebarang jenis rumah sekali pun, perkara yang paling utama adalah untuk memastikan anda bersedia dari aspek mental dan fizikal.
Ini kerana anda mungkin akan berdepan dengan tekanan yang tidak anda duga sewaktu proses pengubahsuaian rumah anda itu.
Kalau sudah upgrade rumah, apa kata upgrade kereta Honda City pula.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
salam tuan/puan
sy ingin bertanya apakah kaedah yg sy perlu ikuti jika saya bercadang untuk mengubah suai rumah teres 2 tingkat dikawasan puncak alam.
menyubahsuaian tersebut bermaksud menarik awning tingkat sehingga kedepan, tetapi masih didalam compaun saya.
sekian terima kasih