Lasik mata merupakan singkatan kepada laser assisted in situ keratomileusis, iaitu pembedahan yang fokus pada bahagian mata. Tujuan utama pembedahan lasik mata ini dibuat adalah untuk membaik pulih penglihatan seseorang, sama ada mereka mengalami rabun dekat atau pun jauh.
Lasik eye surgery ini sangat popular dikalangan mereka yang mempunyai masalah rabun.
Pun begitu, dek kerana kosnya yang agak mahal menjadi penyebab utama sesetengah golongan tidak dapat menggunakan prosedur ini.
Lasik eye surgery di Malaysia
Anda yang sedang survey dan membaca artikel ini, tentu sekali antara golongan yang mampu. Berikut adalah antara tempat lasik eye surgery yang ada di Malaysia.
Eye & Lasik Centre (Prof Muhaya), Kajang, Selangor
Syarikat Eye & Lasik Centre telah wujud sejak Mei, 2014 lagi. Syarikat yang terletak di Kajang, Selangor ini telah dikendalikan sendiri oleh doktor mata popular, iaitu Professor Dr. Muhaya.
Meskipun harga yang ditetapkan agak mahal berbanding Pusat Pakar Mata yang lain, namun perkhidmatannya sangat memuaskan hati orang ramai.
- RM 7,000 bagi yang berumur 34 tahun kebawah
- RM 8,000 bagi yang berumur 35 tahun keatas
- RM 12,600 bagi mereka yang berumur 20 tahun keatas
Yang menariknya di sini, siap baca doa dulu sebelum memulakan prosedur.
Pengalaman mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan Dr. Muhaya: https://ayumipoyo.blogspot.com/2015/04/pengalaman-lasik-mata-bersama-prof-dr.html
Advance Vision Eye Specialist Centre, Petaling Jaya, Selangor
Advance Vision Eye Specialist Centre telah ditubuhkan sejak 6 Jun 2006 oleh Dr. Yeoh Phee Liang.
Syarikat yang terletak di Petaling Jaya, Selangor ini mempunyai kumpulan doktor yang sudah berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Pusat Pakar Mata ini adalah antara yang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana harganya yang murah berbanding tempat lain.
- Pakej 1: RM 2,888 + RM 80, termasuk pemeriksaan, nasihat pakar, ubat, pembedahaan dan waranti seumur hidup
- Pakej 2: RM 5,888 + RM 80, bagi mereka yang mengalami masalah-masalah lain
Pengalaman mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan Pusat Pakar Mata ini: https://harizahitaz.blogspot.com/2016/03/pengalaman-dilasik-advanced-vision-eye.html
Lasik Mata: Laserfocus, Johor Bahru, Johor
Laserfocus merupakan Pusat Pakar Mata yang terletak di Menara Pelangi Johor Bahru, Johor dan sudah beroperasi sejak tahun 2001 lagi.
Pihak Pakar Mata ini akan sentiasa mengikuti keadaan pesakit mereka selepas seminggu, sebulan, 3 bulan, 6 bulan dan setahun setelah selesai membuat lasik mata di situ tanpa apa-apa bayaran dikenakan.
- Harga lasik mata bermula daripada RM 2,988 hingga RM 5,288
Pengalaman pesakit yang pernah menggunakan perkhidmatan Laserfocus: https://ummu-fatimah.blogspot.com/2011/09/alhamdulillah-mama-dah-tak-rabun.html
Pakar Mata KPJ, Kuala Lumpur
Hospital KPJ Tawakkal di Kuala Lumpur ada menyediakan perkhidmatan lasik surgery, yang dijalankan oleh doktor-doktor yang sudah berpengalaman. Di Hospital KPJ Tawakkal, mereka ada menyediakan dua cara lasik mata, dan rawatan susulan akan dilakukan bagi menentukan cara rawatan yang paling sesuai bagi pesakit-pesakit mereka.
- ReLex Smile: RM 12,000
- Femto Lasik: RM 8,000 – RM 9,000
Selain dari di Kuala Lumpur, terdapat juga KPJ lain yang menawarkan perkhidmatan ini, iaitu di KPJ Sabah dan Sarawak.
Pusat Pakar Mata Abdul Razak, Sungai Petani, Kedah
Pusat Pakar Mata Abdul Razak terletak di Sungai Petani, Kedah. Pusat Pakar Mata ini menyediakan perkhidmatan lasik mata dengan cara PRK, lasik dan Relex Smile. Pembedahan itu dilakukan sendiri oleh Dr. Abdul Razak yang sudah berpengalaman dalam bidang ini.
- Semua jenis lasik hanya berharga RM 5,500
Lasik Mata UIA (IIUM), Kuantan, Pahang
Universiti Islam Antarabangsa Kuantan, Pahang ada menyediakan perkhidmatan lasik mata dengan pemeriksaan percuma kepada pesakit luar.
Rata-rata pesakit yang pernah menggunakan perkhidmatan daripada Pusat Pakar Mata ini memuji hasilnya yang sangat baik meskipun lebih murah daripada Pusat Pakar Mata yang lain.
- Lasik mata: RM 3,500 bagi kedua-dua belah mata
Optimax TTDI, Kuala Lumpur & Penang
Optimax mempunyai dua cawangan iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sejak tahun 1995 lagi.
Pusat Pakar Mata ini menyediakan 3 cara lasik mata, iaitu ReLex Smile, Femto Lasik dan ASA dengan tawaran harga yang berbeza.
- ASA: RM4,200 bagi sebelah mata
- Femto Lasik: RM 4,200 bagi sebelah mata
- ReLex Smile: RM 5,200 bagi sebelah mata
Pengalaman pesakit yang pernah menggunakan perkhidmatan daripada Optimax: https://www.kenwooi.com/2016/05/lasik-surgery-optimax.html
Prince Court Medical Centre (PCMC), Kuala Lumpur
Prince Court Medical Centre yang terletak di Kuala Lumpur mempunyai pelbagai perkhidmatan, dan salah satunya adalah perkhidmatan lasik mata.
Dahulunya, Prof Muhaya bekerja di sini. Sekarang, beliau mempunyai pusat lasik mata sendiri.
Prince Court Medical Centre merupakan antara Pusat Pakar Mata yang sangat popular kerana mempunyai maklum balas yang baik daripada pesakit-pesakit mereka.
Prince Court Medical Centre turut menyediakan pelbagai pakej buat pesakitnya.
- Pakej 1: Premium lasik harga bermula dari RM 3,690 untuk sebelah mata
- Pakej 2: Premium lasik harga bermula RM 6,990 untuk kedua-dua belah mata
- Pakej 3: Blended lasik correction harga bermula RM 7,990 bagi kedua-dua belah mata
USJ Eye Specialist, Subang Jaya, Selangor
USJ Eye Specialist terletak di Subang Jaya, Selangor. Pusat Pakar Mata ini telah dikendalikan oleh Dr. Yap Soon Lek sejak tahun 2011 lagi. USJ Eye Specialist ini menyediakan perkhidmatan lasik dengan jaminan keadaan mata yang baik selepas pembedahan dilakukan.
- Harga bermula daripada RM 1,490 untuk sebelah mata sahaja
Pakar Mata ExcelView, Mid Valley, Kuala Lumpur
ExcelView Laser Eye Centre Sdn Bhd telah ditubuhkan sejak tahun 2000. Pusat Pakar Mata yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur ini menyediakan pelbagai perkhidmatan mata seperti pembedahan lasik dan katarak.
- Harga bermula daripada RM 5,600 bagi kedua-dua belah mata
Info tambahan tentang rawatan lasik
Antara info penting yang perlu diketahui oleh pesakit:
- Pesakit tidak dibenarkan memakai kanta lekap seminggu sebelum membuat pemeriksaan mata
- Kanak-kanak, wanita mengandung dan yang sedang menyusu anak tidak sesuai menjalankan prosedur ini
- Sesuai untuk mereka yang berusia 18 tahun hingga 67 tahun sahaja, beserta mempunyai mata yang sihat
- Pesakit sedar sepanjang menjalani pembedahan tersebut, namun tidak berasa apa-apa kesakitan
Akhir kalam
Kesimpulannya, perkhidmatan lasik mata yang melibatkan dengan penglihatan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.
Bagi mereka yang berminat untuk melakukan pembedahan lasik mata ini, perlulah memastikan Pusat Pakar Mata yang dipilih itu mampu menyediakan perkhidmatan mereka dengan baik tidak kira sebelum, semasa mahupun selepas pembedahan tersebut dijalankan.
Jaga mata elok-elok. Jangan paksa mata untuk berjaga sepanjang masa. Kena tahu cara hilangkan mengantuk, barulah rasa segar sentiasa.
Untuk yang susah tidur, jemput baca artikel ini juga.
Semoga bermanfaat.
2 Comments
Hai..harga prof muhaya 12ribu tu harga 40 ke atas ke 20 keats
Kalau umur 15 sesuai Tak kalau nak buat…