Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang di Malaysia, ramai di antara kita yang batuk dan sakit tekak yang membuatkan kita rasa tidak selesa ketika berada di tempat awam, mahupun di rumah. Pastinya, ramai mencari-cari cara hilangkan sakit tekak, supaya dapat melegakan tekak yang rasa tidak selesa itu.
Langkau artikel ini untuk baca tentang punca sakit tekak.
Sedikit mengenai sakit tekak
Selalunya, sakit tekak yang kita alami ini disebabkan oleh cuaca terlampau panas dan mengambil masa selama lima hingga tujuh hari untuk ia lega sepenuhnya. Lebih teruk lagi, ada yang sakit tekak, tonsil dan selsema.
Ingat, walaupun sudah cuba cara menghilangkan sakit tekak, ia bukan boleh hilang serta-merta.
Terdapat banyak rawatan yang disyorkan untuk melegakan sakit tekak daripada ubat-ubatan dari farmasi sehinggalah rawatan tradisional yang dapat melegakan dengan cepat.
Cuma bagi ibu yang sedang hamil, sila dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.
Begitu juga jika ada bayi, sila bawa ke klinik bagi mendapatkan konsultasi doktor sebelum berbuat apa-apa.
Cara hilangkan sakit tekak
Jadi, berikut kami senaraikan beberapa petua, antara cara menghilangkan sakit tekak melalui rawatan ubat di farmasi dan juga rawatan tradisional.
Minum ubat batuk
Kebanyakan ubat batuk mengandungi bahan untuk melegakan keradangan dalam tekak anda supaya berasa lebih selesa ketika membuat kerja.
Sekarang, ada ubat batuk yang datang dalam bentuk pil dan ada juga yang memberikan pilihan kepada anda untuk mengambil kesan mengantuk atau tidak.
Ubat batuk cecair ini boleh didapati di farmasi atau kedai runcit bagi ubat batuk yang dikilangkan secara besar-besaran seperti ubat cap ibu dan anak, Hurix, dan lain-lain.
Ambil ubat batuk ini dalam dos yang disyorkan dan elakkan mengambil ubat batuk yang memberi kesan mengantuk ketika anda memandu.
Ianya rawatan yang berkesan, iaitu alternatif sebagai cara hilangkan sakit tekak dan batuk yang minima.
Kemam / hisap lozenge
Lozenge telah direka khas sebagai salah satu cara hilangkan sakit tekak dan juga rasa gatal pada tekak selepas anda menghisapnya.
Dapatkan lozenge yang mempunyai kesan penyejuk bagi kelegaan tambahan kerana tekak anda yang gatal itu disebabkan oleh panas yang seterusnya menyebabkan kemerahan pada tekak anda.
Dengan mengambil lozenge yang mempunyai kesan penyejuk, kesan gatal pada tekak anda akan lega dengan lebih pantas lagi.
Cara hilangkan sakit tekak dengan minum banyak air
Badan kita memerlukan air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Dengan pengambilan air yang banyak, sel-sel dalam badan akan diperbaiki dengan lebih lancar, memberikan hidrasi secukupnya dan seterusnya dapat melegakan sakit tekak anda.
Lebihkan minum air masak daripada meminum air yang terlalu panas dan terlalu sejuk.
Minum teh
Ekstrak teh mempunyai kelebihan untuk melegakan keradangan dan gatal tekak.
Teh herba boleh memberikan kelegaan kepada tekak anda tetapi daun teh hitam, teh hijau atau putih mempunyai antioksida yang dapat menguatkan imunisasi badan dan mengelakkan daripada terkenanya penyakit.
Anda juga boleh tambah sedikit madu bagi meningkatkan lagi kesan kelegaan kepada tekak anda.
Kumur dengan air garam
Air Garam dapat mematikan kuman.
Jadi, dengan berkumur dengan air garam, kuman yang berada pada tekak anda dapat dihapuskan seterusnya mengurangkan rasa gatal dan sakit pada tekak anda.
Ianya mempunyai fungsi yang hampir sama dengan antibiotik
Minum air limau campur madu
Sebiji limau kasturi atau limau nipis yang dicampurkan dengan satu sudu madu dapat menghilangkan rasa gatal dan sakit pada tekak.
Bagi sesetengah orang, rawatan ini sudah mencukupi untuk melegakan sakit tekak sepenuhnya.
Petua hilangkan sakit tekak, ambil satu sudu madu
Seperti yang anda tahu, madu merupakan raja segala ubat.
Satu sudu madu mampu hilangkan sakit tekak dan juga kesan keradangan yang menyebabkan tekak anda berasa gatal.
Gunakan satu sudu madu kelulut untuk kesan yang lebih efektif.
Banyakkan berehat
Kadangkala, sakit tekak yang anda alami merupakan salah satu tanda bahawa badan anda memerlukan rehat yang mencukupi.
Rehat yang cukup dapat memberi peluang kepada badan anda untuk memperbaiki segala sel dalam badan dan untuk memberikan kesegaran semula kepada badan anda.
Cara hilangkan sakit tekak, hindari tempat panas
Rehat dalam rumah. Tidak perlu keluar ke tempat-tempat yang panas. Ia akan menyebabkan tekak lebih gatal dan sakit.
Dapatkan nasihat pakar
Sekiranya sakit tekak anda berlarutan, sila dapatkan nasihat pakar supaya mereka dapat mengenalpasti punca sakit tekak yang anda alami selama ini.
Akhir kalam
Kesimpulannya, terdapat banyak rawatan sakit tekak yang ada di pasaran sama ada berbentuk ubat yang dijual di farmasi atau rawatan tradisional yang melibatkan bahan-bahan semulajadi seperti teh, madu dan limau bagi melegakan sakit tekak anda.
Namun begitu, adalah diingatkan supaya mengambil dos yang ditetapkan sekiranya anda mengambil ubat sakit tekak daripada farmasi. Sekiranya sakit tekak anda berlarutan, sila dapatkan nasihat pakar supaya mereka dapat mengenalpasti punca sakit tekak yang anda alami selama ini.
Baca dulu dari MayoClinic untuk maklumat lanjut yang lebih klinikal.
Silalah cuba cara hilangkan sakit tekak yang mudah ini. Mudah-mudahan, dapat kelegaan dengan cepat. Jika yang kena sakit tekak ialah anak anda, lihat senarai klinik pakar kanak kanak yang ada di seluruh Malaysia.
Semoga bermanfaat.